Sunday, July 24, 2011

Kehadiranmu sudah lama kunantikan,Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh .:)

Apa kabar sahabat-sahabat semua? How’s your health?Your iman?Insya-Allah,mesti makin hebat-hebatkan.amin.dah lama dah ana x conteng ini blog.and kali ini terlebih rajin and i have some free time,x tau nak buat ape2.so,ana rasa adalah lebih baik ana menulis sesuatu utk penuhkan masa yg terluang ini.

Ok.now,the topic i want to story is about Ramadhan al-Mubarak.x lama lagi nak puasakan?Lagi seminggu jek lagi.mesti antum dan antunna semua x sabarkan nak puasa?kan?ana pon rasa mcm tu.time Ramadhan inila,Allah telah memberikan kita peluang untuk mengaut ke’untungan’ saham akhirat lagi banyak berbanding bulan-bulan yg lain macam Muharam,Safar dan etc.

Allah tu Maha Penyayang.Sangat sangat penyayang.Kenapa?Sebab kalau bukan dalam bulan puasa,satu kebaikan yg kita lakukan akan dapat 10 ganjaran pahala.cth? ok .amek simple.bila kita baca al-quran.satu huruf tu dah cukup untuk dapat 10 kali ganda pahala.alif lam mim.ha. kan dah dpt 30 tu.

Ada satu kisah yang lain.Kisah ini berlaku pada pasangan yang kita semua kenal.iaitu Saidina Ali dan juga Fatimah,puteri Rasulullah S.A.W. .ok.cerita dia ada banyak tau.salah satu cerita yang ana ingat.Satu hari,Saidina ali membeli/jumpa(x pasti) sebiji epal.Dia ingin memberikan kepada isteri kesayangannya ,Saidatina Fatimah.Dalam perjalanan pulang,dia jumpa seorang miskin ,minta makanan drpdnya.Saidina Ali pon potong buah epal tu setengah lalu memberikan kpd si miskin tu.Setengah lagi dia ingin bawa pulang.Tapi,dalam perjalanan balik tu,dia jumpa lagi seorang miskin.Dia pon berikan epal tu kpd si miskin tu.sampai di rumah,Saidatina Fatimah menunjukkan ada 9 biji epal yg diberikan oleh jiran mereka.Saidina Ali pelik.lalu,dia tanya isterinya”Dimana lagi sebiji epal?” Fatimah tersenyum lalu memberitahu bahawa dia telah makan sebiji.

Nampak x,dari cerita ini.ganjaran akan kita dpt ,kalau x di dunia,maka di akhirat kelak.tapi, kalau kita buat kesalahan Allah x gandakan pon dosa kita.x nampak ke Allah tu Maha Penyayang?Tapi,itu x bermakna kita boleh senang-senang melakukan banyak dosa dan buat sedikit kebaikan .sebab Allah telah berikan ganjaran tu.jangan salah faham semua.Inilah satu bukti yang menunjukkan Allah Maha Penyayang.dan kita?kalau ingin menjadi hamba-Nya yang taat,perlulah ikut segala apa yang disuruh.Melakukan kebaikan dan tinggalkan kemungkaran.

Dalam bulan Ramadhan mulia ini,kita semua sepatutnya meluangkan lebih masa bersama Allah,Solat terawih,majlis agama,ceramah,solat malam.sebab kita x tau,sama ada kita akan merasa lagi x Ramadhan akan datang.Time ni lah kita kene grab,kene cari,kene kaut untung.ganjaran melakukan kebaikan lillahitala sangat banyak.

Jangan sia-siakan puasa kita.setakat dapat lapar dan dahaga.niat kita mesti betul kerana Allah.all the things that we’ve done and we will do must for Allah.Kalau korang puasa kerana Allah,insya-Allah,korang akan rasa rindu akan bulan Mubarak ini.rasa x nak berpisah dengannya.rasa nak setiap bulan adalah bulan Ramadhan.itulah yang antum dan antunna akan rasa.percayala.niat kerana Allah.

Tapi,sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah,

Ana nak nasihatkan diri ana dan juga sahabat-sahabat sekalian.Memang dalam bulan Ramadhan ini,kita akan lebih banyak buat kebaikan.Pergi masjid untuk solat berjemaah,solat terawih,mengaji,qiam dan sebagainya.Tapi,janganlah lepas bulan tu dah terputus semua amalan tu.Ramadhan itu dijadikan mulia agar kita semua akan terus istiqamah untuk melakukan kebaikan dan tinggalkan kemungkaran.Masa bulan Ramadhan,kita puasa.Masa bukan Ramadhan,kita rasa janggal x puasa.so,kita boleh puasa sunat.Masa bulan Ramadhan,kita pergi solat berjemaah.Tapi,masa bukan Ramadhan,kita akan rasa janggal solat sendiri.jadi,pergilah solat berjemaah.Masa bulan Ramadhan,kita rajin qiam.Masa bukan bulan Ramadhan,kita rasa janggal x buat qiam.maka,kita qiam la.Kita akan rasa janggal bila perkara baik yang selalu kita buat kita tinggalkan.maka ,lakukanla.TAPI,INGAT! Sekali kita tinggalkan kebaikan tu,kita akan rasa seronok untuk tinggalkannya lagi.dan inilah yg jadi pada ana.honestly,ana cakap.ana masih x mampu untuk istqamah atas semua perkara yg ana buat.dan sekarang ni,ana sedang cuba top up balik iman ana.sedih betul.terasa sangat rugi bila diri ini x istiqamah.

Jadi,sahabat-sahabatku.

Marilah sama-sama mencari sirna keindahan Ramadhan tu bersama.Kalau boleh tahun ini,kita cuba khatam al-quran sama-sama.Kita qiam sepanjang bulan ini.tapi,kalau rasa kurang mampu.maka bersederhanalah.Kalau x mampu untuk khatam al-quran ,at least baca satu muka surat setiap kali lepas solat.Kalau x mampu untu qiam sepanjang bulan,maka kita qiam 10 malam terakhir.Cuba! Bukan senang untuk tempuh bulan ini. Semuanya dengan izin Allah untuk panjangkan umur kita.
Chaiyok!Chaiyok!Fighting!(hehe)

Ramadhan yang aku rindui.Cepatlah hadir.

Sekian.Wassalam.