Friday, November 25, 2011

Cinta dia atau Cinta Dia?

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

hai:)-cewahhh...haha.
DAh lama ana x tulis ini.agak sibuk sedikit dua tiga kebelakangan ini.sekarang ini baru ada masa untuk berblogging.hehe.

so,macam biasa la kan.apa khabar iman semua? cepat-cepat tanya iman...ok x iman tu???kalau mantop,alhamdulillah.kalau kurang,tingkatkan balik yek.:) *peringatan untuk diri sendiri jugak*

Nak cerita apa yek ?
ooo.ooo.ana tau.

sebenarnya,
ana dah lama simpan perkara ini.pendam.pendam.akhirnya,boleh jugak luahkan.haha.bukan luahan perasaan,yek.ini adalah pendapat.

sahabat2 dan sahibah2 yang Allah rahmati,
pernahkan dengar dengan perkataan cinta?perkataan perkahwinan?
mestilah kan...

asyik2 disebut2 oleh remaja-remaja zaman sekarang.persoalan-persoalan yang berkaitan tentang cinta manusia yang berlainan jantina sering ada jek la kat mana-mana.blog?fb?twitter?

ye.memang seronok untuk dibicarakan tentang tajuk cinta.tentang tajuk perkahwinan.tapi,ianya sudah terlampau banyak sampai ana pon dah jadi 'muak' dengannya.ana bukannya menolak perasaan cinta,ingin dikasihi dan dicintai,memang itu fitrah..Allah sudah berikan perasaan tu.memang ana akui.ana sedikit pon x menolak.

tapi,sekarang ini...bila asyik bicarakan tentang cinta , perkahwinan and etc yang berkaitan,bayangkan apa yang akan terjadi pada masalah ummah?masalah akidah?ana kurang nampak remaja-remaja sekarang membicarakan tentang perkara-perkara lain selain daripada cinta.sampaikan ana rasa remaja-remaja sekarang x de tajuk lain utk dibincangkan ke?

Kalau semua hebat berbicara tentang cinta,siapa nak hebat untuk berbicara tentang akidah?anda tahu akidah itu apa?tauhid tu apa?sunnatullah tu apa?syariatullah tu apa?kenapa kita x mencari yang kita x tau.kenapa nak mencari perkara yg dh tau.soalan yang sering2 ana dengar,"boleh x kita couple islamik?"ok.walaupun berjuta jawapan yang diberi,tp masih ada alasan yang cuba mem'boleh'kannya.

Kenapa antum dan antunna risau tentang jodoh?insya-Allah,Allah akan memberikan jodoh yang baik untuk kita sekiranya kita juga menjadi yang baik.x kan lari mana.usaha itu memang perlu.tapi,lebih baik kita berusaha untuk memperbaiki diri kita ke arah yang solehah,kan?itukan salah satu juga usaha.bukannya dengan tercari-cari siapa yang bakal menjadi bapa pada anak-anak kita?kenapa?kalian x percaya dengan janji Allah bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.

"Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan ,berupa perempuan-perempuan ,anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,kuda pilihan,hewan ternak dan sawah ladang.Itulah kesenangan hidup di dunia,dan di sisi Allah-lah tempat kembali."


(surah al-imran:ayat 14)

Hati-hati dengan cinta yang kalian KATA kerana Allah.itu nasihat ana.


Ustaz Zahiruddin Zabidi ada menyebut,"kalau nak kawen awal sangat,kawenla.saya x halang pon.tp ingat! jgn sekali-kali menyusahkan ibu bapa."


sekian.sekarang dah pukul 1 pagi,x nak tido lagi.haha.:)
selamat malam...

Friday, November 4, 2011

Minggu yang sibuk+seronok:)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Selamat tengahari semua !!! *ok,overexcited plk la kan* hehe.Kaifa halukum,sahabat-sahabat,sahibah-sahibah?Semoga semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat dan semoga iman diupgrade dari hari ke hari ,insya-Allah.

Kenapa ana happy sesangat nie,kan?hehe..Sebab ana dah sampai rumah...*seronok.seronok*..ana cuti seminggu ... cuti raya aidiladha+cuti midsem sekali.Alhamdulillah,dapat balik dengan selamat..

Minggu ini,ana rasa sangat-sangat seronok.sesangatla kan.Nak tau kenapa?
Ahad lepas dan selasa lepas,ana pergi satu program solat.Ana jadi salah seorg daripada fasilitator kat situ.Apa lagi,ana pon merapula dengan diorg.ahaha.x dala.Ana ajarla apa yang ana faham tentang solat.Kita ikut sequence ea?

Ahad:
Peserta-peserta program hari tu umurnya lingkungan 5 tahun sampai 15 tahun.act,just expect 5 tahun sampai 12 tahun jek.x sangka plk ada sampai 15 tahun kan.alhamdulillah.ana dapat 3 orang anak.semuanya perempuan dan berumur 12 tahun.anak-anak ana ada yang rock macam mak diorg nie la.*haha*.semuanya berjalan lancar.kami ada buat praktikal dan penilaian utk semua.walaupun,program tu x sapai target kami ,tp kami bersyukur sangat sebab program kami x dijangka-jangka.masa yang diperuntukkan sangat sikit,so,kami pon kenela ajar apa yang wajib dulu.

Selasa:
okay,time ni plk.anak-anak ana ramai cket.dlm 10 org.semuanya perempuan dan umur lingkugan 13-15 tahun.tajuk yang sama jugak+masbuk sekali.ana dapat anak-anak yang sporting-sprorting.tu yang seronok.Alhamduillah...fasi-fasi semua ditugaskan perbetulkan cara mereka ambil wuduk dan juga solat supaya mereka dapat pengahayatan solat dengan lebih sempurna.ana x reti sangat nk explain pasal masbuk ini,jadi ana join bulatan kakak aisyah punya.hehe.then,bila nk abes tu.ana cerita tentang betapa Maha Pengasihnya Allah bilamana Allah bagi chance kita daripada 50 waktu solat kepada 5 solat.Ana suruk mereka bayangkan macam mana kalau kita diperintahkan solat 50 waktu.Ana tanya,yang solat 5 waktu ini pon belom tentu kita buatkan?kalau 50?*masa tu,semua diam...serious sangat plk ana rasa.haha*...ana suruh mereka fikirkan...then tetibe cerita pasal nikah khitbah.ahaha.tetibekan.tapi,x sempat nk huraikan panjang.diorang dah seronok kan,tapi kacau betol...haha...

*then,petang tu ana ada presentation science&techno secara mengejut okay,ana dan sahiba-sahibah ana merepek kat depan tu.semua org dok gelak kami.malu betul time tu...haha*

Ibu bapa diluar sana,ana mintak tolong sesangat supaya didik anak-anak anda supaya solat.solat tu tiang agama.bila di padang mahsyar nanti,perkara pertama yang dihisab adalah solat.jadi?kalau anda sayang keluarga anda,nasihatilah mereka....

wassalam.:)