Wednesday, October 26, 2011

Husno Zhon tentang HIMPUN.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Salam sejahtera semua...:D

Jom menaip sekarang.STOP! 'enti x tanya khabar sahabat-sahabat dan sahibah-sahibah anda ke? '

ooh.ooh..Apa khabar fizikal semua?Apa khabar iman semua?Semoga semuanya sentiasa sihat dan? MANTOP! hehe.insya-Allah.*korang mesti ingat apa yang ana merepek ini kan?*

ok.now,cerita tentang HIMPUN.*seperti yang dijanjikan*

ok.Last 22nd Oct 2011,ana pergi satu rombongan kahwin*haha,x de la*..rombongan HIMPUN.How was it ah?

Alhamdulillah.Semuanya berjalan lancar.Siapa kata nanti mesti ada timbul masalah-masalah,siapa kata?Siapa?Cooii...Mana ada.Tak ada langsung ,ok! Lain kali ,jangan nak fikir negatif sangat ok.

HIMPUN tu x da langsung ada perkaitan tentang mana-mana parti.No politic at all,okay.Semua yang hadir kat situ semuanya sama.SAMA.Takda langsung bezanya.Semuanya yang hadir ,tidak langsung membezakan pangkat.in fact,there was a politician came.Beliau kata,"Hari ini,tatkala kaki saya keluar dari rumah,saya bukannya seorang ahli politik,tapi saya adalah manusia biasa."

See??

And,ada jugak yang gembar-gembur yg non-muslim x sokong HIMPUN.but,kami dimaklumkan ada non-muslim yg turut hadir.and,i see them.

See??

HIMPUN ini lebih kepada satu perhimpunan yang menyedarkan kami-kami yang datang untuk jalankan tanggungjawab kami untuk berdakwah.Why?Cause sekarang byk kes murtad dah mulam membiak.Kalau dah hukum hudud masih x boleh dijalankan,makanya HIMPUN ini,salah satu inisiatif untuk menyedarkan ummah islam.

And ada seorang penceramah kat situ cakap,'kita ,ummah islam,jangan hanya salahkan mereka yang cuba mengajak kepada agama mereka,itu tugas mereka.Tapi,kita ini.Kita pon kene ingat tentang ummah kita.Ummah kita yang melambangkan agama kita."Faham x maksud dia?Maksudnya,kat Malaysia ini,bila sebuat Islam,mesti ingat melayu.Cuba tengok orang melayu sekarang?Bagaimanakah akhlak kita?Fikir-fikirkanlah.

dah fikir?
Jadi,macam mana non-muslim nak tertarik dengan agama kita?
Macam mana orang islam,yang x mempunyai kefahaman islam,lari dari agama Islam?

Macam mana tu?

Jadi,kesimpulannya?

Bro Shah Kirit ada berkata,"Dakwah kepada non-muslim,tapi Islahkan Ummah Islam juga."

Apa?x boleh nk dakwah?x cukup ilmu?x sempurna?

Antum dan antunna ingat ana ni sempurna ke?Yang berdakwah ini semuanya sempurna ke?Yang berilmu agama tinggi ini sempurna ke?Kalaulah nak tunggu diri kita ini sempurna,sampai mati pon kita x akan sempurna.

Malah Bro Shah Kirit ada juga berkata,"Berdakwahlah kamu di samping memperbaiki dirimu." dia x da plk ckap,"Berdakwahlak kamu selepas kamu sempurna memperbaiki diri kamu.",kan?

hurm...

itu sahaja kot.
:)

ingat dan fahamilah kata-kata Hamka ini,"Aku melihat di negara Barat agama Islam,tapi aku x nampak ummah Islam.Tapi,aku melihat ummah Islam di negara Timur,tapi aku tidak melihat agama Islamnya.

Fikir-fikirkanlah.
Wassalam.

Friday, October 21, 2011

HIMPUN.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Bismillahhirrahmanirrahim...

Ok.Ok.cuak ini cuak.Today's topic is a heavy one.Yang mungkin akan menyentuh pada isu-isu orang dewasa suka.Yang pening bila ana fikirkan.Yang memang tidak akan ada solutionnya sekiranya terus berlainan fikrah dan pendapat...Tiada ketoleransian yang akan membawa kepada kehancuran.Ok.ana tidak berapa minat,pakar akan hal ini.Tapi,hanya ingin nyatakan apa yang ana rasa bila isu yang sama nak dibangkitkan...

Isu apakah itu?..... Yes,isu politik.

Beratkan tajuknya.kalau ana silap cakapla ini,buruk padahnya..hehe...xpe.ini hanya ulasan ana setelah ana fikirkan semasak-masaknya.

Kalau dahulu sibuk dengan perhimpunan BERSIH.Sekarang plk,sibuk dengan perhimpunan HIMPUN.Tujuannya yang jelas adalaha untuk selamatkan akidah ummah Islam.

Ana menerima bermacam-macam pendapat tentang hal ini.Ada yang menyokong,ada yang tdk menyokong.dan ada yang x ambil kisah. ????? .hehe..

Bagi yang menyokong HIMPUN ini,jelas mereka mahu tegakkan Islam tanpa fikirkan tentang effectnya pada mereka yang bukan Islam.Manakala,mereka yang tidak menyokong sepenuhnya HIMPUN ini,akan mengatakan bahawa ianya akan merenggangkan hubungan dgn non-muslim serta membawa imej Islam ini sebagai satu agama yg "menakutkan".

Kalaulah ditanyakan ana tentang HIMPUN ini,ana NATURAL. Tidak terlampau 'acid' atau 'alkaline'.hehe.sibuk plk kimia.Maksudnya , ana tidaklah menyokong dan tidak pulak membantah.Walaupun ada sedikit kebimbangan dalam hati ini,tp kita x boleh menilai sesuatu tentatif progran dengan hanya gambaran kasar aje.

Ana akan pergi HIMPUN tu,insya-Allah.dan kalau ana ada masa,ana akan update apa-apa yang penting atau mutakhir tentangnya.insya-Allah.KIra ana jadi wartawan 'x rasmi'la..hehe...So,kita doakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan dilindungi oleh Allah,Harap tiada yang terlampau 'fanatik' dengannya.

Bagi yang turut hadir juga,harap dapat menjaga tatasusila anda di sana.Jaga akhlak.Jaga perangai.Jangan burukkan agama Islam kita.Amin.

Setakat itu sahaja.
insya-Allah.Jazakallahukhair..:)

Saturday, October 15, 2011

Salahkah aku berubah?

Assalamuaikum warahmatullahiwabarkatuh.

:) Kaifa halukum?Ana doakan semuanya sihat-sihat belaka.iman sekali ye.Jangan lupa.

Changes.People do make changes,To themselves,to the family,to the country.Perubahan yang baik itu satu perkara yg baik.But,why some people doesnt like it?We change for good,not as a bad one.But,still there are people argued with it.Seolah-olah,mereka lebih faham diri kita daripada kita sendiri faham diri kita.

Some people do say.'Alah,dia punya kawan mcm tu.Dia pon ikut la mcm kawan dia tu.'.'Ha.aku tau.Sebab kawan-kawan dia kat U tu pakai tudung labuh,mesti dia ikut kawan dia juga.' Ok.*sedikit tersentap di situ.*.But,you know what?I tell to myself,"Ok.suka hati diorangla.aku bukan buat benda jahat pon.x.pe.niat kerana Allah.niat tu penting."

Memang.Memang kawan ana ada ramai yang tudung labuh.Tapi,perubahan ana bukan sebab pemakaian diorang.Perubahan ana atas kehendak ana sendiri.This is what i want.For your information,daripada tahun lepas,ana memang nak pakai macam ini.Tapi,ana x jumpa kedai yang jual tudung labuh.

And,satu hari,sebelum Raya Aidilfitri,sebab keinginan ana yang sangat-sangat kuat masa tu,Alhamdulillah,jumpa.and u know what?i'm so happy.Gembira sampai nak lompat sampai ke langit tau x.hehe.x dela.Ana cuma bersyukur sangat dapat jugak apa yg ana nak.

sahabat-sahabat dan sahibah-sahibah,
Jangan sekali-kali pertikaikan perubahan seseorang tu.Lebih-lebih lagi sekiranya yang Allah redha.Patutnya,kita sama-sama gembira sebab ada yang ingin diubah.Jangan patahkan semangat orang suka-suka hati.Kalau dia tu jenis yg cepat terasa or cepat patah semangat,x ke kesian kat dia sbb x mampu untuk berubah.Dengan perubahan kecil inilah akan terjadinya perubahan yang lagi besar.Orang kata perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama.Biarlah mereka yang ingin berubah ke arah kebaikan itu mula dengan 1st step diorang.Jangan hina.Jangan kecilkan mereka.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Sahabat-sahabat dan sahibah-sahibah yang ana kasihi kerana Allah,

Anda ingin berubah ke arah kebaikan?Silakan.I'll support you even I dont know who you are.Ana x akan kecilkan anda.Sebab ana dah rasa betapa sedihnya apabila ada mengata tentang perubahan ana.Terima kasih kepada yang berkata itu.Antum wa antunna telah menjadikan ana seorang yg lebih tabah untuk terus berubah.Berubahlah kerana Allah.Berubahlah kerana Allah.Berubahlah kerana Allah.

Bro Shah Kirit baru-baru ini ada bagi talk.And he is an Indian Muslim. He said,"When did you choose to be a Muslim? Did you become a muslim by chance or choice?"

Kita jadi muslim sebab kita punya keturunan beragama Islam atau sebab pilihan kita?Untuk ana,iye.sebelum ini,ana terima Islam sebab ibu ayah ana beragama Islam.Tapi sekarang,bukan itu sebabnya.Kini,ana terima Islam sebab ianya adalah pilihan ana sendiri.iye,Pilihan sendiri.No one force me to make accept it.

Bagaimana anda?Adakah sebab keluarga anda beragama Islam,anda menganut agama Islam?

Atau..

Menganut agama Islam ini adalah pilihan anda?

huhh...sedangkan dalam Bible sendiri kata Tuhan itu Satu dan ianya bukan Jesus.Jesus sendiri kata yang dia bukannya Tuhan.Apa yang dipertikaikan?Islam itu agama yang sejahtera.Terimalah Islam secara menyeluruh....Bukan sikit-sikit....

Syukran.Itu saja dari ana.
Jazakallah...