Friday, October 21, 2011

HIMPUN.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Bismillahhirrahmanirrahim...

Ok.Ok.cuak ini cuak.Today's topic is a heavy one.Yang mungkin akan menyentuh pada isu-isu orang dewasa suka.Yang pening bila ana fikirkan.Yang memang tidak akan ada solutionnya sekiranya terus berlainan fikrah dan pendapat...Tiada ketoleransian yang akan membawa kepada kehancuran.Ok.ana tidak berapa minat,pakar akan hal ini.Tapi,hanya ingin nyatakan apa yang ana rasa bila isu yang sama nak dibangkitkan...

Isu apakah itu?..... Yes,isu politik.

Beratkan tajuknya.kalau ana silap cakapla ini,buruk padahnya..hehe...xpe.ini hanya ulasan ana setelah ana fikirkan semasak-masaknya.

Kalau dahulu sibuk dengan perhimpunan BERSIH.Sekarang plk,sibuk dengan perhimpunan HIMPUN.Tujuannya yang jelas adalaha untuk selamatkan akidah ummah Islam.

Ana menerima bermacam-macam pendapat tentang hal ini.Ada yang menyokong,ada yang tdk menyokong.dan ada yang x ambil kisah. ????? .hehe..

Bagi yang menyokong HIMPUN ini,jelas mereka mahu tegakkan Islam tanpa fikirkan tentang effectnya pada mereka yang bukan Islam.Manakala,mereka yang tidak menyokong sepenuhnya HIMPUN ini,akan mengatakan bahawa ianya akan merenggangkan hubungan dgn non-muslim serta membawa imej Islam ini sebagai satu agama yg "menakutkan".

Kalaulah ditanyakan ana tentang HIMPUN ini,ana NATURAL. Tidak terlampau 'acid' atau 'alkaline'.hehe.sibuk plk kimia.Maksudnya , ana tidaklah menyokong dan tidak pulak membantah.Walaupun ada sedikit kebimbangan dalam hati ini,tp kita x boleh menilai sesuatu tentatif progran dengan hanya gambaran kasar aje.

Ana akan pergi HIMPUN tu,insya-Allah.dan kalau ana ada masa,ana akan update apa-apa yang penting atau mutakhir tentangnya.insya-Allah.KIra ana jadi wartawan 'x rasmi'la..hehe...So,kita doakan agar semuanya berjalan dengan lancar dan dilindungi oleh Allah,Harap tiada yang terlampau 'fanatik' dengannya.

Bagi yang turut hadir juga,harap dapat menjaga tatasusila anda di sana.Jaga akhlak.Jaga perangai.Jangan burukkan agama Islam kita.Amin.

Setakat itu sahaja.
insya-Allah.Jazakallahukhair..:)

1 comment:

  1. pergh.bestnya long. jgn lupa update ttg Himpun tu ek. ana tungguuuuu ^_^
    -amotmacho

    ReplyDelete