Friday, August 26, 2011

sayonara jahiliyah

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

As usual ah kan..Apa khabar,semua?Mcm mana pula dengan iman korang?Hopefully makin hari makin mantop kan?

Actually an,nothing to story about la today.Just nak ingat balik zaman ala-ala muda dulu.Time ana kat sekolah dulu-dulu ah.okay,apa yang ana merepek ini.Straight to the point la an.

Okay.
Masa sekolah rendah dan sekolah menengah dulu an,kita semua belajar satu subjek ini yang mudah ah nak score for most people an.x baca buku sgt pon blh dpt A.bukan A aje.but,A+++ gitu.Guess what?yurh,Of course la,Pendidikan Islam.Kan kan kan?

Haha,tp ana ingatk lagi.ana nangis nangis sebb x dpt hafal part sirah time form 4.nak hafal nama-nama sahabat nabi.sumpah.time tu,ana betul-betul under stress kot.Tapi,ana ada kawan-kawan.Diorangla yang tolong ana banyak sangat.Diorang dok tanya-tanya ana.Cara ana belajar adalah HAFAL.

yes! cara ana dalam meng'hafal' mana-mana subjek adalah salah satu method yang lekeh dan sangat-sangat tidak digalakkan untuk ikut.why ah?Sebab korang x akan faham!and it same goes to Pendidikan Islam time sekolah-sekolah dulu.Ana memang x dpt hayati what's with Islam masa dulu.ok,ana akan buat yang wajib aje dulu.itu pon dah kira ok ah kan drpd x buat apa-apa.Tapi,nak buat sunat tu,masya-Allah,liat beno.

So,bila ana belajar tentang Islam dalam method hafal aje,penghayatan memang zero ah kan.Haha.Bila ingat balik time sekolah dulu,kelakar gila.Jahil betul ah time tu.Bila time kelas agama je,cakap kat ustazah,"Uztazah,nak gi sembahyang zohor dulu."Haha.Ustazah memang orang yang sangat sabar kot.sorry,ustazah.

Then,bila masuk Universiti,barulah ana lebih terdedah dengan Islam.Islam bukan untuk solat ,pose aje.Islam lebih drpd itu.Islam merangkumi seluruh hidup.Even,tidur pon dianggap sebagai satu ibadah kalau tidur dalam keadaan yang betul.and that makes Islam more interesting u know.Ana jumpa dengan sahabat-sahabat yang sangat matang untuk berbincang tentang Islam(even ada jugak akak-akak yang lbh tua drpd ana)..Then,from that Islam become a hundred times more interesting.

so,sayonara jahiliyah.

:)wassalam..

Wednesday, August 10, 2011

cerpen:Hikmah

One message received.

“eyh,bila masa ada mesej ini.x dengar pon.”detik hatiku.

Haikal.

Ouh.nama yang tertera pada skrin handphoneku cukup menggembirakan.

Assalamualaikum.Apa khabar,Alya?Enti tengah buat apa?

Balas ke tak?urm..

Waalaikumsalam.Alhamdulillah.ana sihat aje.Enta?ana x buat apa-apa.

Alhamdulillah.Ana sihat aje.urm.ana ada benda nak cakap dengan enti.

Ohh.iyeke?ada apa?

Urm...x pela.ana bagitau lain kali,ye.ana ada hal.Assalamualaikum.

Waalaikumsalam. Pelik.Nak bagitau sesuatu?Tapi,apa?

Haikal.Satu ikhwan yang cukup berperibadi mulia.Nampak hampir sempurna.Berakhlak.Beragama.Sememangnya lelaki pujaan ramai pelajar perempuan di sekolah kami.Tapi,sungguh aku x sangka.Aku yang menjadi pilihan hatinya.Pada mulanya,aku x da feeling sangat dengan dia.Aku ini macam katak bawah tempurung sikit.Malas nak ambil tahu pasal orang.Aku tahu perkara ini pon daripada sahabat karibku sendiri,Aqila.Lama-lama,tanpa aku sangka,aku mula ada perasaan suka pada dia.Lama-lama kelamaan,syaitan mula bergayut di dalam hati agar mula teralpa.Nauzubillah.

Keesokannya,

Message box(dalam fb.haha.maafla.ana x tau nak describe macam mana)

Haikal.

Assalamualaikum.ya ukhti.Ana sebenarnya ada perkara nak bgtau enti.Perkara yang sudah lama ana simpan.Perkara yang ana sendiri pon dah x boleh nak simpan.Makin lama ana simpan,makin ana lelah.hurm.

Sejak pertama kali ana melihat enti di dalam Majlis Mahabbah ,ana sudah mula tertarik dengan enti.Ana pon x tahu kenapa ada perasaan ini.Tapi ana rasa sudah mula jatuh hati pada enti.Mungkin enti akan rasa kekok dengan apa yang ana katakan ini.Maaf,ye.ana Cuma luahkan apa yang ana rasa.

Aku terkedu.Inilah kali pertama ana mendapat ucapan ini daripada seorang ikhwan.Aku berkira-kira untuk membalas apa.

Waalaikumsalam.urm.ana terkedu.x tahu nak cakap apa.Terima kasih.Ana pon sudah mula sukakan enta.Tapi,biarlah kita jaga batas-batas pergaulan kita,ye.

Insya-Allah.Terima kasih,Alya.

Aku ingat lagi itulah cara dia mengatur kata bahawa dia sukakan aku.
Dan..kami terbuai dalam alam percintaan kami yang konon-konon nye “islamik”.huh...apabila teringat,aku rasa sangat bodoh ketika itu.Orang kata “couple islamik”.huh...

Dua bulan kemudian,

Aku mula dapat menghidu sesuatu.Haikal seolah-olah berubah.Menjadi seorang yang aku tidak kenali.Dia tidak seperti dahulu.Dia mula menunjuk-nunjuk apa yang dia ada.dan ada perubahan yang lain...dan aku mula selidiki fbnya.x berapa lama ,aku mula tahu sebabnya.Hatinya mula tertarik pada seorang akhwat.

Dan,tatkala aku melihat wajah si gadis,sememangnya cantik.Cantik sangat.Kasih.Wajahnya secantik namanya.Bertudung labuh.Manis.Dan aku yakin dia berakhlak jua.

Sememangnya berbeza dengan aku.

Dan tatkala itu jua ,aku mula terasa ada butiran jernih mengalir pada pipiku.Pandanganku kabur.
Aku menangis?Kenapa?Dan tatkala itu jua,aku memegang dadaku.Sakitnya.Ya Allah.Itulah nama yang aku sebut ketika itu.

Hidupku mula murung sejak itu.Aku langsung tidak mempedulikan perkara yang berlaku di sekelilingku.Ibarat dunia ini sudah gelap.Hitam.Pekat.Lekat.
Semua perkara tidak menjadi.Banyak perkara yang aku lakukan salah.Aku kusut.
.....................................................................................

Surau

Inilah kali pertama aku menjejak kaki ke surau asrama.Orang kata tempat itulah satu tempat yang menenangkan hati.Aku duduk termenung.Tiba-tiba....

Assalamualaikum.

Waalaikumsalam.Aku menoleh.

Seorang akhwat tersenyum.

Tumpang tanya?Tadi usrah,tajuk apa?Cerita pasal apa?

Aku terpana.Bersihnya wajahnya.Tenang melihat wajahnya.

Urm.x tahula.baru sampai.x dengar usrah tadi.

Ohhh.iye ke?urm , xpela.terima kasih.Assalamualaikum.

Waalaikumsalam.

Sejuknya hati ini.Perasan apakah ini?

Sejak hari itu,aku mula rajin-rajin pergi ke surau.semata-mata untuk mendapat ketenangan.dan melihat akhwat itu.Akma.Itulah namanya.Secantik peribadinya.Dia seolah-olah menggandakan ketenangan dalam hati.Kata-katanya penuh hikmah.Bijak bergurau tanpa berlebihan.Sentiasa memulakan usrahnya dengan “Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah,...”Dan saat itu juga aku mula lupakan apa yang terjadi
antara aku dan Haikal.

Alhamdulillah.Kasih Allah itu Luas.Lama-kelamaan,aku mula melupakan Haikal.Dan Allah mula bertapak di dalam hati ini.Alhamdulillah.Aku mula berubah.Daripada seorang yang malas bersolat jemaah,menjadi seorang yang cintakan jemaah.Daripada seorang yang pemalas untuk bergaul,menjadi seorang yang rajin mengikut usrah dan ceramah-ceramah.Daripada seorang yang memakai tudung pendek ,menjadi seorang yang memakai mula menutup aurat secara sempurna.Alhamdulillah.Ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.

Dan alhamdulillah.Tatkala Haikal mula merapatiku kembali,aku mampu untuk menangkis rasa alpa itu.Baru aku tahu Haikal jua tidak sempurna.Hati manusia memang akan berubah.Aku tidak akan salahkan sesiapa lagi.Malah,dengan senang hatinya,aku telah memaafkannya. dan kepadanya aku berterima kasih untuk menilai cinta yang lebih mendamaikan dan abadi.Terima kasih,Haikal.Sudah aku temui cinta yang Satu,iaitu Allah.

Akma.Walaupun enti tidak tahu apa yang telah enti lakukan kepada ana,tapi ana sangat-sangat berterima kasih kepada enti.Akhlak enti.Peribadi enti.Wajah enti.Ana sentiasa rindui.Inilah kali pertama aku menjalinkan cinta silaturahim kerana Allah.dan tatkala mahu berpisah ,seakan-akan sukar untuk aku melepaskannya.Aku menangis dalam hati apabila mahu melepaskannya semasa Majlis Perpisahan.

Sahabat,ana rindukan enti.

Ya Allah,redhakanlah dia selalu.Rahmatilahnya selalu.Semoga dia sentiasa dibawah lindungan-Mu,ya Tuhan.

Haikal.Terima kasih.
Semoga enta akan bertemu dengan tulang rusuk kiri enta.Bahagiakannya sentiasa.Ana doakan.

Dan aku.
Aku akan terus menjadi berusaha menjadi hamba-Nya yang bukan akan mengucap dengan kata,tapi melahirkannya dengan amalan jua.orang putih cakap,action speaks louder than words.jodoh?Ana x akan pernah rasa risau.sebab ana percaya.Allah akan berikan yang terbaik untukku.Aku x akan pernah risau.Nama adamku sudah ditulis di Luh Mahfuz sana.dan apa yang perlua ana lakukan,perbaiki diri ana agar sentiasa bersedia untuk menjadi isteri yang terbaik untuk Adamku,dan menjadi ibu yang hebat untuk generasi ummahku. Dan berdoa.......

Ya Allah,tetapkanlah hati hamba-Mu ini sentiasa.Amin.

...................................................................................

Alhamdulillah.tamat juga cerpen kedua ana.huh.penat.sebenarnya ana nak tulis panjang lagi.tapi,ana ringkaskan ceritanya.nanti jadi novel pulak.ahaha.
Cerpen ini hanyalah satu rekaan yang mungkin ada sangkut paut sedikit kehidupan ana.At certain partla.Tapi,ana olah sedikit ceritanya.Ana mahu antum dan antunna ambil pengajaran dari cerita ini.:)

3 perkara yang akan membuatkan rasa halawatul iman:
-Mencintai Allah dan Rasul melebihi segalanya.
-MENCINTAI SAUDARA KERANA ALLAH MELEBIHI DIRI SENDIRI
-Membenci kemaksiatan dan kemungkaran seperti mana dia membenci dirinya dicampakkan ke dalam neraka.

Wallahu’alam.semoga antum dan antunna mendapat pengajaran.
Wassalam.:)

Monday, August 8, 2011

anak

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

annyeonghasayeo :) haha.

apa khabar,sahabat-sahabat yang ana cintai kerana satu tujuan ini,iaitu Allah.Semoga fizikalnya walafiat sahaja dan imannya juga makin mantap.sounds much to indonesia,right?

Sekarang ini,sudah masuk Ramadhan yang ke-8.so,meaning that kita semua sudah puasa 8 hari,insya-Allah.hebat! Mantap!Semoga ana,keluarga ana,sahabat-sahabat ana,saudara-saudara,dan semoga para musliman dan muslimat meraikan Ramadhan dengan sangat-sangat gembira.:)

Tapi,kali ini ana x mahu story-story tentang Ramadhan.Ana nak fokuskan pada ANAK.yes,anak.masa anak-anak ini comel kan?cute kan?x kisahla anak itu bangsa apa sekalipon,bagi ana mereka tetap comel.anak melayu ke cina ke india ke orang putih ke nagro ke.yes,ther are all cute.and the best thing of them are they are sangat-sangat suci.

mesti antum wa antunna pernah mendengar.
anak-anak ini ibarat sehelai kain putih.suci.ummi dan abi merekala yang akan mewarnai kain putih itu.jika yang dicampakkan warna hitam,maka hitamla kain itu.

ya.anak-anak ini ibarat sehelai kain putih,
suci.bersih.

ok.tanggungjawab ummi dan abi sangatla penting ketika mereka masih bayi lagi.tak.tak.sejak mereka dalam kandungan lagi.

didik anak semasa dalam kandungan ?ohhh,yes baby.haha.from your tummy.ummi seharusnya membaca al-quran setiap hari.agar anak dalam kandungan itu merasai adanya Tuhan itu sejak dari dalam kandungan lagi.Biarkan anak dalam kandungan itu merasai nadi yang berdegup,darah yang mengalir,makan yang diambil melalui placenta ummi mereka itu semuanya daripada Allah.

dipercayai bahawa adik adi putra yang hebat matematik itu,umminya akan membaca satu surah setiap hari(x ingat surah apa).ha! terlahirlah seorang anak yang pakar.itulah rezeki Allah yang juga akan nampak hasilnya dengan usaha masing-masing.:)

kalau ummi x larat nak membaca,abi boleh tolong bacakan.ummi boleh dengar.sweetkan?jarang nak nampak situasi macam tu.kalau ada pon,dalam novel banyak.tapi ,x mustahil ada kan?xkanla orang nak cakapkan apa yang dia buat.kan?kan?kan?

setiap perkataan yang keluar dari mulut ummi dan abi juga haruslah tersusun dan berhikmah.agar anak yang lahir pon akan sentiasa berhikmah dari katanya mahupun tingkahnya.

tanggungjawab ummi dan abi x akan terhenti di situ sahaja kan?
daripada anak itu kecil ,didikan agama itu adalah kelas yang pertama perlu mereka didik.bukan hanya dengan a b c d atau 1 2 3 sahaja.anak-anak kita sekarang kalau tidak didik dengan agama,ntah-ntah alif ba ta pon x tahu.

that's why i want to be a teacher.so much.:D
please do pray for me.

kalau anak-anak tidak didedahkan dengan alif ba ta,biar ana yang ajar.
kalau anak-anak tidak didedahkan dengan solat,biar ana yang ajar.
kalau anak-anak tidak dideahkan dengan sirah nabi,biar ana yang cerita.
yes,ana sedia.ana akan terima kritikan asalkan anak-anak faham agama.

tanggungjawab dan amanah itu penting:)

raikan kelahiran para mujahid dan mujahidah islam.

Assalam.