Monday, February 14, 2011

Kasih Para Sahabat

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. 
Salam ukhwafillah semua . Semoga kita semua dipayungi dengan rahmat dan kasih sayang Ilahi senantiasa.Tanpa redha-Nya,siapalah kita di sisi Ilahi bukan?Ok . kita sambung perihal cerita sahabat-sahabat baginda.
Seperti yang kita tahu cinta dan kasih Rasulullah S.A.W kepada umat sangat dan amat besar .Tiada tandingan .Nabi Muhammad x mahu kita,ya kita semua…Umatnya dicampakkan ke dalam api neraka.Tp,sejauh mana kasih umat baginda kepada baginda.??Sejauh mana ea?Sehasta?sedepa?seluas bima sakti?atau…tiada??? Sama-samalah kita muhasabah diri. Tapi kalau nak bandingkan rasa rindu kita dengan rasa rindu para sahabat baginda memang amat jauh.Rasa rindu mereka,rasa kasih mereka kepada Ya Habibi Rasululullah sangat teguh,sangat kukuh.. Di sini , saya bawa satu kisah.Kisah ni saya dapat dari laman web jugak,tp x ingat laman web apa.Banyak sumber yang dapat.salah satunya dari langitilahi.com…Kisah ini menceritakan tentang rasa rindu para sahabat yang dah x terhingga sangat sangat sangat lah kan kepada Nabi Muhammad SAW…:
Bilal Bin Rabah..(mesti korang kenal .. Muazzin ,hamba yang paling awal masuk islam.Teguh dengan menyatakan “Allah Yang Maha Esa” ketika disiksa majikannya.Lihat teguh bukan imannya..Mantapkan ketakwaan dan kepercayaannya kepada Allah?)
Ok.ok.continue with the main Idea.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,Bilal r.a tidak mengazankan azan lagi.Malah,Bilal r.a berhijrah ke satu tempat.Walau bagaimanapun,Bilal r.a pulang kembali tidak berapa lama kemudian(x ingat ah berapa tahun,tp dia balik ah balik an)…Apabila Bilal r.a pulang,para sahabat mendesaknya agar melaungkan azan kerana terlampau rindu akan baginda,Nabi Muhammad SAW.Pada mulanya,Bilal rasa berat hati untuk melakukannya,namun atas desakan sahabatnya,Bilal r.a pun melaungkan azan jugak.Ketika Bilal melaungkan “ASYHADU ANNA MUHAMMAD DARRASULULLAH…” semua hadirin,semua para sahabat mengalirkan air mata kerana terlampau sangat rindu akan baginda…Terdengarla esak tangis ketika itu,Malah,ada sumber yang mengatakan Bilal r.a pengsan ketika menyebut kalimah itu.kenapa?Kerana Bilal r.a juga sangat rindukan baginda…
Subhanallah …Hebat rasa kasih mereka kepada Nabi Muhammad SAW.Kenapa mereka ada rasa perasaan ini ?Perasaan yang luar biasa sekali.Kenapa?Sebab mereka merasai kemanisan iman.Sebab mereka melihat sendiri bagaimana Rasulullah berjuang untuk memperkuatkan dan memperteguhkan Islam.Mereka melihat sendiri bagaimana Nabi Muhammad SAW dicerca,dimaki,dibaling batu oleh orang-orang Thaif.Namun…..Rasulullah x pernah simpan perasaan dendam dalam hati baginda.Baginda maafkan mereka…Mereka melihat sendiri pengorbanan Ya Rasululullah SAW.
Walaupun kita x pernah melihat Rasulullah…Tp,ingatla…Rasulullah SAW juga ada menyatakan rasa rindu baginda kepada kita,yang x pernah melihat baginda… Nabi juga x pernah melihat kita,x kenal pon sapa kita ,tapi masih merindui kita.Bukan ke itu satu perasaan yang luar biasa?Namun,kita yang x pernah melihat baginda,tapi tahu akan sirah kehidupan dan pengorbanan baginda , sedikit sekali merindui baginda,bukan?Hebatnya Rasulullah SAW.
Jadi,setakat itu sahaja.Saya menyeru agar sahabat-sahabat yang saya cintai kerana Allah agar kenang kembali,hayati semula pengorbanan Rasulullah SAW..Contohi akhlak dan pekerti mulia Rasulullah SAW..
Dan sempena Maulidur Rasul ini,saya ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua.. Cintailah Allah dan Rasulullah SAW.
Ma’assalama.:)

Friday, February 11, 2011

Kasih Baginda:)

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.salam ukhwahfillah semua. :)
Seperti yang dijanjikan sebelum ini,kan saya cakap nak cerita kisah tentang nabi yang kita kasihi.Nabi yang mulia akhlak dan peribadi .. Siapa ?Nabi Muhammad S.A.W…Seperti yang kita semua maklum.Nabi mempunyai peribadi yang unggul . Akhlak yang mulia .rasa kasih sayang yang tidak berbelah bagi untuk umatnya.Sikap penyabar Rasulullah amat tinggi dan sifat itu sangat2la terpuji.Salah seorang sahabat saya ada menceritakan di mana Rasulullah berdakwah ( x pasti ke mana ) , baginda bukan sahaja dicerca dan di maki hamun.malah di baling dengan batu sehingga berdarah-darah dan darah itu mengalir separuh daripada kasut baginda.Walaupun kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan,(sebab sahabat saya tidak keluarkan sumber yang dia dapat),tp sekurang2nya kita kaji tentang kisah ini..
Jadi,lihatlah . Betapa besarnya pengorbanan nabi kepada umat baginda. Menyampaikan agama yang suci , membimbing manusia ke jalan yang benar , sehinggakan parah dan susah kehidupan baginda.semata-mata untuk umat baginda.Kenapa Rasulullah nak susah-susahkan diri mengajak . menyeru kita buat kebaikan?Sebabnya???Bukan sahaja setakat atas perintah Allah,malah atas dasar kasih dan cinta Rasulullah kepada kita.Betul ke Rasulullah kasih akan kita??betul ke?nak bukti.kat sini ada satu kisah::

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. Berkata:Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang,dalam keadaan berubah mukanya.Maka ditanya oleh nabi saw ..”Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya:”Ya Muhammad,aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dimarakkan nyalaan api neraka,maka tidak layak bagu orang yang mengetahui bahawa neraja Jahanam itu benar,dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.”

Lalu nabi saw bersabda:’Ya Jibrail,jelaskan padaku sifat Jahanam.”
Jawabnya;”Ya .Ketika Allah menjadikan Jahanam ,maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah,kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,kemudian seribu tahun sehingga hitam,maka ia hitam gelap,tidak pernag padam nyala dan baranya.Demi Allah yang mengutusakan engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar jarum nescaya akan dapat MEMBAKAR PENDUDUK DUNIA semuanya kerana panasnya.Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak,andaikan satu baju ahli neraka itu tergantung di antara langit dan bumi,nescaya akan MATI PENDUDUK BUMI KERANA PANASNYA.Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak,andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit,nescaya akan CAIR SAMPAI KE BAWAH BUMI YANG KE TUJUH.Demi Allah yang megutuskan engkau dengan hak,andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan TERBAKAR ORANG2 DI HUJUNG TIMUR kerana sangat panasnya.Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah,dan pakaiannya potongan-potongan api neraka.Api nerka itu ada tujuh pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yeng tertentu dai laki2 dan peempuan.
Nabi saw bertanya:”Apakah pintu-pintunya bagai pintu-pintu rumah kami?”

Jawabnya:”Tidak,tetapi selalu terbuka,setengahnya di bawah dari lainnya,dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.”(nota kefahaman:lagi bawah,lagi panas)
Nabi saw bertanya:”Siapaka penduduk masing-masing pintu?”
Jawab Jibrail:”Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,pintu ketiga tempat oranbg shobiin bernama Sanar ,pntu keempat tempat Iblis dan pengikutnys dari kaum majusi bernama Ladha .Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah,Pintu ke enam tempat org nasara bernama Saeir.”Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah saw sehingga ditanya”Mengapa tidak engkau terangkan penduduk ke tujuh?”

Jawabnya:”DI DALAMNYA ADALAH ORANG2 YG BERDOSA BESAR DARI UMMATMU YANG SAMPAI MATI BELUM SEMPAT BERTAUBAT.”
Maka nabi saw jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi saw di panguannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda,”Ya Jibrail,SUNGGUH BESAR KERISAUANKU DAN SANGAT SEDIH KU.Apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?”Jawabnya,”Ya,iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu,”Kemudian ,nabi saw MENANGIS,Jibrail juga menangis,kemudian nabi saw masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang lain dan bila sembahyang selalu menangis dan berdoa kepada Allah.(Dipetik dari “PERINGATAN BAGI YANG LALAI”)
Subhanallah.
Lihatlah betapa besarnya kasih nabi kepada ummat baginda,walaupun kita x pernah melihat,jumpa baginda.Bukan?
Tapi sejauh mana kita kasih pada baginda?
Saya hanya mengharapkan agar kisah ini,bukan untuk suka2 saja.Tp,sama2la kita,maksudnya saya dan kamu,ha..kamula.yang tgh baca nie…ambil teladan.Kalau nak menangis,menangisla.Rasailah betap besarnya nikmat kasih sayang yang Allah berikan kepada hambannya.Kalau nak sebar-sebarkan,x jadi masalah.Kerana itu tanggungjawab kita ….:)
Lain kali kita cerita pasal Bilal bin Rabah,sahabat Rasulullah saw,yang sangat rindukan baginda selepas kewafatan baginda.Insya-Allah.Salam …

Tuesday, February 8, 2011

Terasa rindu padanya,

Assalamualaikum..

Apa yang kita ingat masa bulan Rabiulawal?Mesti ingat Maulidur Rasul kan??Best ke?Best...sebab?Dapat cuti la...Haha...Tp,bukan itu yang kita nak terapkan dalam hati kita nie..Kita buat perarakan...tp,kita ambil ikhtibar ke?...Kita sambut meriah majlis.. tp kita ingat ke pada Rasulullah S.A.W?kita ingat ke pengorbanan baginda.?susah payah baginda...pengorbanan baginda...Cuba kita sama2 muhasabah diri kembali,berapa banyak kali kita selawat pada Baginda? Berapa kerap kita ingat Baginda?Cinta ke kita pada baginda...?Kenal ke kita pada baginda???Tepuk dada,tanya iman..

Ya,memang bila disebut nama Muhammad bin Abdullah..siapa yang x kenal...Kita belajar sirah masa muda2 dulu(zaman kanak2 ah kan.)..Bagindala Rasul kita,Pesuruh yang diutusakn oleh Allah..Kekasih Allah...tapi... sejauh mana kita kenal keimanan rasullullah?kita kenal ke akhlak rasulullah?kita kaji ke?Ya.Memang kita x pernah jumpa rasulullah.Tp ingatla,apa guna hadis Rasulullah itu?simpan buat pekasam?Mestilah x kan?Rasulullah tinggalkan pada kita Al-Quran dan Hadis sebelum baginda wafat...Apa yang menunjukkan kita cinta pada Rasulullah kalau Al-Quran kita jarang bukak?Apa yang menunjukkan kita kasih pada baginda kalau hadis baginda x didalami dan diamalkan?Apa yang buat kita yakin di padang mahsyar nanti ,baginda akan tolong kita sedangkan nak berselawat dalam sehari pon susah...?Layak ke kita?
Untuk saya,saya masih banyak kurang..Kurang dari mana?Sudah tentu pada amal..

rasulullah pernah bersabda,"Maka beruntungla orang yang pernah melihatku dan amalkan sunnahku..Tp,lebih beruntungla,beruntungla,beruntungla bagi mereka yang tidak pernah melihatku,tp mengamalkan sunnahku...(Hadis yag sohih.tp,x ingat perawinya sapa.Maaf.kaji lah balik.ye)

Lihat?Sapa yang dikatakan beruntung sebanyak 3 kali tu?Kita ke?ya,kita x pernah melihat baginda.tp,kita amalkan ke sunnah baginda.?Insya-allah ,kita amalkan..

Saya teringat di mana baru2 nie,saya ada dengar cerita tentang Rasulullah..Ketika mana Malaikat maut mencabut nyawa baginda,dalam keadaaan yang sangat dan teramatla lembut,Rasulullah menyatakan sakitnya umpama terhunus pada badan dengan 300 pedang..lihat,Rasulullah ingatkan kita yang mati itu sangat dan teramat sakit.Bahkan ketika baginda wafat pon,siapa yang baginda ingat?Anak?Isteri?x kan...Rasulullah sebutkan "ummati,ummati,ummati"..Ya Allah ,mulianya hati Rasulullah.Tatkala mati hampir sekalipun,Rasulullah masih ingatkan pada kita,umat baginda.Tp,kita?Ingat kita pada manusia yang paling mulia ni?Jarang sekali bukan?


Insya-allah,itu saja buat masa sekarang..Tiada ruang masa yang cukup untuk berkata lebih.dah larut malam...cuma saya ingin ingatkan diri dan sahabat-sahabat yang saya kasihi kerana Allah,Rasulullah banyak berkorban untuk kita.Untuk islam.Kenapa?Kerana cinta dan keimanan baginda kepada Allah.Jadikanla baginda contoh yang paling terbaik untuk kita semua.Ada banyak lagi nak cerita.pasal kekasih Allah juga.banyak cerita yang menarik yang dapat membangkitkan rasa cinta untuk baginda.


Kita akan merasai nikmatnya iman itu,bila mana:
1)Kita mencintai Allah dan Rasulullah dari segala-segalanya dan sanggup berkorban...
2)Kita mengasihi saudara kita melebihi dari diri sendiri.
3)Membenci perkara-perkara maksiat sebagaimana membenci dicampakkan ke dalam api neraka...

Waallahu'alam.
salam ukhwahfillah...