Monday, February 14, 2011

Kasih Para Sahabat

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. 
Salam ukhwafillah semua . Semoga kita semua dipayungi dengan rahmat dan kasih sayang Ilahi senantiasa.Tanpa redha-Nya,siapalah kita di sisi Ilahi bukan?Ok . kita sambung perihal cerita sahabat-sahabat baginda.
Seperti yang kita tahu cinta dan kasih Rasulullah S.A.W kepada umat sangat dan amat besar .Tiada tandingan .Nabi Muhammad x mahu kita,ya kita semua…Umatnya dicampakkan ke dalam api neraka.Tp,sejauh mana kasih umat baginda kepada baginda.??Sejauh mana ea?Sehasta?sedepa?seluas bima sakti?atau…tiada??? Sama-samalah kita muhasabah diri. Tapi kalau nak bandingkan rasa rindu kita dengan rasa rindu para sahabat baginda memang amat jauh.Rasa rindu mereka,rasa kasih mereka kepada Ya Habibi Rasululullah sangat teguh,sangat kukuh.. Di sini , saya bawa satu kisah.Kisah ni saya dapat dari laman web jugak,tp x ingat laman web apa.Banyak sumber yang dapat.salah satunya dari langitilahi.com…Kisah ini menceritakan tentang rasa rindu para sahabat yang dah x terhingga sangat sangat sangat lah kan kepada Nabi Muhammad SAW…:
Bilal Bin Rabah..(mesti korang kenal .. Muazzin ,hamba yang paling awal masuk islam.Teguh dengan menyatakan “Allah Yang Maha Esa” ketika disiksa majikannya.Lihat teguh bukan imannya..Mantapkan ketakwaan dan kepercayaannya kepada Allah?)
Ok.ok.continue with the main Idea.
Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW,Bilal r.a tidak mengazankan azan lagi.Malah,Bilal r.a berhijrah ke satu tempat.Walau bagaimanapun,Bilal r.a pulang kembali tidak berapa lama kemudian(x ingat ah berapa tahun,tp dia balik ah balik an)…Apabila Bilal r.a pulang,para sahabat mendesaknya agar melaungkan azan kerana terlampau rindu akan baginda,Nabi Muhammad SAW.Pada mulanya,Bilal rasa berat hati untuk melakukannya,namun atas desakan sahabatnya,Bilal r.a pun melaungkan azan jugak.Ketika Bilal melaungkan “ASYHADU ANNA MUHAMMAD DARRASULULLAH…” semua hadirin,semua para sahabat mengalirkan air mata kerana terlampau sangat rindu akan baginda…Terdengarla esak tangis ketika itu,Malah,ada sumber yang mengatakan Bilal r.a pengsan ketika menyebut kalimah itu.kenapa?Kerana Bilal r.a juga sangat rindukan baginda…
Subhanallah …Hebat rasa kasih mereka kepada Nabi Muhammad SAW.Kenapa mereka ada rasa perasaan ini ?Perasaan yang luar biasa sekali.Kenapa?Sebab mereka merasai kemanisan iman.Sebab mereka melihat sendiri bagaimana Rasulullah berjuang untuk memperkuatkan dan memperteguhkan Islam.Mereka melihat sendiri bagaimana Nabi Muhammad SAW dicerca,dimaki,dibaling batu oleh orang-orang Thaif.Namun…..Rasulullah x pernah simpan perasaan dendam dalam hati baginda.Baginda maafkan mereka…Mereka melihat sendiri pengorbanan Ya Rasululullah SAW.
Walaupun kita x pernah melihat Rasulullah…Tp,ingatla…Rasulullah SAW juga ada menyatakan rasa rindu baginda kepada kita,yang x pernah melihat baginda… Nabi juga x pernah melihat kita,x kenal pon sapa kita ,tapi masih merindui kita.Bukan ke itu satu perasaan yang luar biasa?Namun,kita yang x pernah melihat baginda,tapi tahu akan sirah kehidupan dan pengorbanan baginda , sedikit sekali merindui baginda,bukan?Hebatnya Rasulullah SAW.
Jadi,setakat itu sahaja.Saya menyeru agar sahabat-sahabat yang saya cintai kerana Allah agar kenang kembali,hayati semula pengorbanan Rasulullah SAW..Contohi akhlak dan pekerti mulia Rasulullah SAW..
Dan sempena Maulidur Rasul ini,saya ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua.. Cintailah Allah dan Rasulullah SAW.
Ma’assalama.:)

No comments:

Post a Comment