Tuesday, June 21, 2011

Cerpen:Akulah mujahidah itu...

Malam yang gelap pekat itu sunyi . Tidak kedengaran bunyi kesibukan seperti siang
hari.Hanya ditemani bulan yang mengambang penuh .

“Apa yang enti menungkan itu?”

Aku tidak menoleh.Aku sudah kenal dengan suara yang sudah menjadi sahabatku selama 5 tahun itu.

“Tidak ada apa.Hanya melihat bulan aje.”Aku menoleh ke arah Syuhada yang sudah duduk di sebelahku sambil tersenyum.Sarah Syuhada.Sahabatku dunia dan akhirat.Sahabat yang aku cintai kerana Allah sepenuh hati.

“Enti sudah fikir masak-masak dengan keputusan yang enti buat ini?”Tanya Syuhada sambil merenungku.

“Dengan izin Allah.Ya,ana sudah tekad.Sekarang ini,kita semua memerlukan tenaga untuk menentang pihak musuh kita itu.Dan…Kita pula kekurangan tenaga lelaki untuk meneruskan perjuangan junjungan Nabi Muhammad SAW ini.Ramai yang sudah menjadi mujahid Islam.”

“Ana faham.Tapi enti masih muda lagi.Enti baru sahaja berumur 15 tahun.”

“Ya ukhtiku..Islam tidak kenal usia,bangsa dan warna kulit.Ana mahu kehidupan ana ini seluruhnya pada Islam.Ini sudah dikira darurat ,wahai ukhti,Kiranya perlu ,walau tidak ada senjata,ana akan tetap terus berjuang.Hajat ana,ana mahu menjadi salah seorang mujahidah yang berjihad kerana Islam.Dan.sekiranya syahidnya ana ini dapat membuka mata ummah,ana lebih sanggup .”

“Enti kelihatan lebih matang.”Syuhada menggenggam tanganku dengan kejap sekali.

Aku tersenyum.”Ini semua daripada tarbiyyah yang ana dapat dari sekililing dan juga enti.Lagipun,ana juga sudah tidak punya sesiapa lagi.Walid sudah syahid dalam perjuangan fisabillillah.Ummi pula dibunuh oleh Israel di hadapan mata ana sendiri. Dan biarlah ana juga menyusul meneruskan perjuangan mereka.Ana tidak kisah.Benar-benar tidak kisah,asalkan umat terislah.”

“Ya Mujahidah Sakinah.Namamu itu sesuai dengan perawakanmu.Sesuai sangat.Enti jangan risau.Ana ada untuk enti.Allah juga ada untuk hamba-hambaNya yang percaya kepadaNya.Ana kagum dengan enti.”

“Usah kagum dengan ana . Perjuangan ana ini tidaklah sehebat Rasulullah SAW.Perjuangan baginda lebih hebat.Baginda menahan luka apabila sebarkan agama kesejahteraan ini kepada penduduk Thaif sehingga separuh daripada kasut baginda dipenuhi dengan darah baginda.Sedangkan ,ana…”

Aku terkenangkan baginda.Rindunya aku pada baginda.Monologku dalam hati.Terasa mataku kabur.

Aku seka air mataku.Aku memandang Syuhada.Tersenyum.”Tiada apa yang perlu kita bimbang,sahabatku.dan… Terima kasih kerana sentiasa menyokong ana. Uhibbukifillah .”
“Uhibbukifillah kaman” Sara Syuhada membalas senyumku kembali.Suasana kembali sunyi.Kami melayan perasaan masing-masing sendiri.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Harinya telah tiba.Waktunya sudah berkunjung tiba.Inilah masanya.Aku berdiri di atas tanah airku sendiri.Tanah yang membuktikan ramainya umat Islam yang terkorban menegakkan Islam.dan…aku akan turut ikut jejak langkah mereka.

“Ya Allah.Kini sudah masanya tiba.Aku tidak akan sekali-kali berundur dengan keputusanku ini.Ya Allah,sekiranya aku telah ditakdirkan untuk mati dalam keadaan syahid,maka matikanlah aku dengan mati yang mulia.Mati sebagai mujahidah-Mu.Ya Allah,semoga umat Islam di seluruh dunia akan membuka mata dan hati mereka.Kurniakan mereka hidayah-Mu dan berikanlah kefahaman tentang agama-Mu ini ,Ya Allah.”

Bara kezamanku semakin membara.Israel ! Tunggulah kamu !

Dari jauh ,kelihatan tentera Israel mula mengorak langkah bersama senjata-senjata yang moden.Bom.Senapang.Pistol.Kereta kebal.Aku melihat ke tanganku.Hanya sebatang kayu besar dan beberapa biji batu.

“Usah takut sahabat.Allah ada bersama kita.Yakinlah.”Syuhada memberikan kata-kata semangat kepadaku tanpa menoleh ke arahku.Tumpuannya betul-betul pada tentera-tentera laknatullah itu.

Aku merenung Syuhada.Penuh keazaman ada pada matanya.”Tidak.Ana tidak gentar.”

Kami,pejuang Islam di Palestin untuk peperangan kali ini hanya terdiri daripada 60 orang pemuda dan 10 orang pemudi.Kebanyakan para mujahid Islam sudah mati syahid dalam perjuangan sebelum ini.dan..Senjata kami hanyalah kayu dan batu-bata sahaja.Itu yang kami mampu.Bekalan senjata seperti senapang dan peluru hanya tinggal sedikit.Tapi,kami punya tawakal yang lebih besar.

Aku teringat kembali tentang peperangan Badar.Umat Islam masih menang walaupun jumlahnya jauh lebih sedikit daripada tentera kafir Quraisy.Allah akan membantu mereka yang menolong agama Allah.Percayalah,Mujahidah Sakinah.Percayalah!

Abdullah bin Haris ,merupakan ketua angkatan ketika itu, hanya memerhati tentera-tentera Israel dari jarak jauh.Dia baru berusia 25 tahun,telah menyertai banyak peperangan sebelum ini dan parut-parut yang ada pada tubuh dan mukanya itulah tanda perjuangannya.Dia mula menyertai perjuangan ini sejak berusia 13 tahun lagi.Allah masih mahu Abdullah berjuang menentang musuh-musuh Allah itu lagi,makanya Allah masih memberikan kehidupan kepadanya.

Abdullah telah merancang strategi dengan teratur sekali.Disusunnya agar 30 orang mujahid dan mujahidah yang hebat memanah agar menyerang di satu kawasan yang sukar untuk dikenal pasti.Alatan memanah itu dibuat dan dikumpul seberapa banyak yang boleh .

Abdullah masih menanti agar tentera-tentera Israel lebih dekat.Dan semakin dekat.Dekat.Semakin dekat.dan…. “Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah,dan Muhammad utusan Allah.Maka,kita semua……SERANG!!!”

Gema suara Abdullah memecah suasana ketegangan dan sejurus itu juga,anak-anak panah kelihatan mula di’lontarkan’ kepada tentera-tentera Israel.Perang jihad fisabilillah sudah bermula ! Allahuakbar !

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Darah.Merah.Pekat. Aku terus-terusan mencari mangsa batu di tanganku.Iye.Aku tahu batu-bata sukar untuk mencederakan tentera-tentera Israel yang berpakaian uniform kebal itu.Tapi,aku juga tahu disebabkan batu-batu juga tentera Bergajah kalah diserang burung-burung yang jauh lebih kecil.Dan…tidak ada sesuatu yang mustahil selagi aku percaya pada Dia.Pasti.Dia akan membantu.

Aku lihat sekeliling..Kebanyakannya adalah tentera-tentera laknatullah sahaja.

“Hoi,perempuan !”Terdengar teriakan dari arah belakangku.

Belum sempat aku menoleh,terasa ada tangan menarik tudungku dengan kasar.

“Aduh!” Itu sahaja yang mampu aku teriak untuk menggambarkan kesakitanku.

Bukan itu sahaja.Pipiku terasa ditampar beberapa kali dengan kuatnya.

Melihat aku mula kelihatan lemah dan letih,tentera Israel itu berhenti menamparku.
“AHAHAHAHAHAHAHA.hoi,betina ! Lihatlah sekelilingmu.Kawan-kawanmu.Sudah mati! Kami akan menang!dan sekarang…Siapa yang akan membantu kau lagi?Siapa?!!!!”Tengking si tentera.

“ALLAH…..”Dengan beraninya aku menjawab.

“Kurang ajar!” Pipiku terus-terusan ditampar sehingga aku betul-betul longlai.

Ya Allah.Berikanlah aku kekuatan kepadaku.Ya Allah.Ya Allah.Ya Allah.Kekuatan.

Dan tiba-tiba ,mataku terpandang akan satu objek yang sangat aku kenali.Objek yang membunuh ramai penduduk Islam.Iya,aku pasti. Itu adalah………………….. Bom.

“Jika kau percayakan sangat pada Tuhanmu itu,suruh Dia tunjukkan yang kami akan mati dan kamu akan hidup.Buktikanlah!Buktikan!” Tangan si tentera mengacu senapangnya ke arah kepalaku.

Sepantas kilat,dengan menggunakan segala kudrat yang masih aku ada, aku menolak senapangnya ke tepi sehingga tercampak sedepa jauhnya dan aku “ragut” bom yang berada tepi baju uniformnya.Si tentera kelihatan kaget.Mungkin dia ingat aku sudah tidak mampu untuk berdiri apatah lagi bertindak seperti itu.

“Aku akan buktikan siapa yang hidup dan siapa yang akan mati!” Sambil aku melihat sekeliling,dan inilah masanya.Tentera Israel yang lain sibuk dengan “hal”masing-masing…

Dan dalam detik itu juga,aku menarik picu bom itu dan ….

“Allah….” BBBOOOOOOOMMMMMMMMM!!!!!!!!

Berakhirlah sudah kehidupan seorang mujahidah yang mati syahid…….sekali lagi…….
Sesungguhnya Allah berfirman:”Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati,sebenarya mereka hidup ,di sisi Tuhanya mendapat rezeki.”(surah Al-Imran:169)

Sahabat-sahabat sekalian,

Ini percubaan pertama ana dalam menulis cerpen.Haha.poyo jek.
Tulisan ana mungkin tidak sehebat mereka yang sememangnya hebat.Tapi,apa yang ana ingin tonjolkan dalam cerpen ini.Sekiranya kita masih terus alpa dan lupa , yang hak akan terus terkubur dan yang batil akan terus berkuasa.

Dalam meneruskan kehidupan ini,jangan sekali-kali kita lupa akan saudara seagama kita di Palestin.Kita kena sama-sama berganding bahu pertahankan Palestin.Salahuddin Al-Ayyubi pernah berkata,”Sesiapa yang berjaya menakluki Baitulmaqdis,kuasa itu akan berjaya takluk dunia” Jadi,nampak x?Yahudi sudah berjaya takluk Baitulmaqdis dan juga dunia.

Jadi,kita perlu sama-sama islahkan ummat dan sertai perjuangan mereka.Jangan sampai Israel mula menukar arah ke arah kita,baru kite tersedar dari tidur.dan,Jangan hanya bijak bercakap,tapi perlu bertindak.Ada bijak pandai cakap,”Action speaks louder than words.”Lebih kurangla ayat tu.haha.x ingat sangat..
And one more thing.I have no intention to put men and women to the same level.Ramai yang cakap.Zaman sekarang,perempuan nak sangat sama taraf dengann lelaki.Ok.itu bukan niat ana.Harap dapat pengajaran dari cerita ini.

Chaiyok,chaiyok umat Islam !

Wassalam.

Tuesday, June 14, 2011

Lihat sekeliling ...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh:)

Semoga Allah meneruskan ukwahfillah kita bersam-sama.:)

Hari ini,ana jumpa macam-macam ragam manusia.Sebenarnya x la bermacam-macam.2 jek haha.Nak cerita ke?urm.. x payahla,kan.Nanti,kata ana kutuk pulak.haha.x dela.main-main jek.Ana just try luahkan nasihat aje,ye dok?

Kes 1:
Berprasangka baik dengan saudara seagama kita.Senang cakap.Susah nak lakukannya.Tapi,kita semua perlu mencuba.Kita bukannya Tuhan yang layak menghukum.Kita ini hanyalah Hamba Allah saja.Hamba Allah saje.Kita memang x layak menghukum.Kita bukannya Tuhan yang tahu isi hati manusia lain.Mana kita tahu,niatnya ikhlas.X salah membantu.Kalaulah tidak masyarakat Islam menolong saudaranya sendiri,siapa lagi?Siapa lagi?Kadang-kadang terasa sedih,tapi susah nak ungkap.Kadang-kadang terasa sebak dalam hati,tapi sabar saje yg boleh dilakukan.

Kes 2:
Wahai umat Islam sekalian! Janganlah kamu meletakkan Islam itu pada dasarnya saje.Tidak pada kad pengenalan saje.Antum sedar atau tidak,tindakan umat Islam sekarang yang mengambil ringan tentang hukum Allah telah meracuni pemikiran anak-anak kita sendiri.Sedarla,pemuda-pemudi!bangunlah!Bangkitlah,sebagai Umat Islam yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Hadis.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

Hampa(aik?tukar sleng pulok) tau x ? Sekarang,ramai muslim negara Malaysia ini mahu memurtadkan diri.Nauzubillah minzallik.Kat mahkamah tu,banyak permohonan orang Islam mahu keluar agama Islam.Itu yang kita tahu.Yang buat permohonan kat mahkamah.Yang kita x tahu???Antum semua nak tahu kenapa banyak kes-kes murtad ini?Mereka x nampak,x faham akan keindahan Islam itu sendiri.Kenapa?Lihatlah sekeliling.Bacalah akhbar.Tontonlah berita.Pasti antum akan faham.

Buang bayi.. Zina.. Merempit .. Merompak .. Rasuah .. Ramai yang mempertikaikan keindahan Islam itu sendiri.Tapi ,ana membantah ! Islam itu indah.Cantik.Umat Islam itu sendiri yg memburukkannya...

Sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah.

Maaf.Mengikut emosi pulak.hurmm.. jadi,sahabat-sahabat ana.Teruskan perjuangan.Dakwah.Nasihat sahabat-sahabat kita yang lain.Ana menasihati ini bukannya bermakna ana solehah.Baik sangat.Tapi,ana nasihatkan diri ana jugak.Ana pernah buat salah dulu.Terasa bebanan dosa itu terpikul di bahu ana senantiasa.Jadi,ana x mahu anak-anak kecil yang sedang meningkat remaja dibutakan dengan kehidupan duniawi semata-mata.X mahu jadi macam ana.

Melihat umat Islam kini,ana bertekad dalam hati tujuan dan hala tuju ana sebagai murabbi kelak semakin jelas.Doakan ana berjaya.Amin....

Sekian.Maaf.terkasar bahasa.Teremosi pulak dalam post ni.haha.senyum sokmo.:)

Wassalam.

Sunday, June 12, 2011

Untuk Para Teruna di luar :)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ...

ok.hari ini kita akan mulakan dengan one-perfume untuk anda-anda yang lelaki.



-Inspired by Desire,Dunhill
-Inspired by Hugo XY,Hugo Boss
-Inspired by Dior Sport,Christian Dior
-Inspired by Miracle Homme,L'Aquatonic
-inspired by White Musk for Men,Body Shop
-Inspired by Diamonds for Men,Emporio Armani
-inspired by Sculpture,Homme
-Inspired by Epiphany,One Drop Perfumes











-Inspired by Polo Sport,Ralph Lauren
-Inspired by Acqua di Gio,Giorgio Armani
-Inspired by Issey Miyaki,Issey Miyaki
-Inspired by Hugo Men,Hugo Boss
-Inspired by Black,Bvlgan
-Inspired by Blue Jeans,Versace
-Inspired by CK One,Calvin Klein
-Inspired by Eternity,Calvin Klein












-Inspired by Insence Ultramarine,Giv
-Inspired by Polo Black,Ralph Lauren
-Inspired by L'Essence,Cerutti
-Inspired by Astute,One Drop Perfumes
-Inspired by L'Amoureux 6,Dolce&Gabanna
-Inspired by One Million,Paco Rabbane
-Inspired by Conspicuous,One Drop Perfumes
-Inspired by Antidote,Viktor&Rolfency











hukum sunat:
"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (Riwayat al-Tarmizi)

And you.lelaki.teruna.pemuda di sana tu.sangat digalakkan apabila anda-anda memakai wangi-wangian sebelum solat Jumaat.Malah tidak salah untuk memakainya ketika solat fardhu :)

Jadi,anda bolehla menempah sekiranya mahu one-drop perfume ini.Harganya?

Okay.harga untuk one-drop perfume jenis-jenis di atas adalah:
1. Kurang 25 kotak : RM 40 sekotak(termasuk kos penghantaran)
2. Melebihi 25 kotak : RM 35 sekotak(termasuk kos penghantaran)


Pilihan anda diutamakan sama ada:
1~memilih satu kotak ,tapi pelbagai warna&bau
2~memilih satu kotak,tapi warna &bau sama

Cara menempah?Rujuk di sebelah...

Syukran :) Datangla lagi,ye..hehe...

Friday, June 10, 2011

Permulaan Satu Perniagaan ... :D

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh ...

Tidak lama lagi,dengan izin Allah,saya akan membantu ibu saya mempromotekan produk-produk yang dijualnya.Al-maklumlah ,time cuti-cuti ini.ini peluang terbaik untuk promote.haha.insya-Allah ,semuanya merupakan barang-barang yang halal.

Firman Allah SWT yang bermaksud:“ Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” ( Surah Al Baqarah : 275 ) Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: : “Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan yang batil melainkan dengan jalan jual beli suka sama suka.” ( Surah An Nisa : 29 )

Di samping jual-beli ini,bolehlah kita sebarkan islamkan...boleh punya...Ok . buat masa ini,saya hanya buat pendahuluan perniagaan dahulu.bagi description samar-samar dulu.insya-Allah,x lama lagi baru start...

Sebagai permulaan,perusahaan kami(aish.cewah.haha)..lebih-lebih pulak.ok.ok.kitorang mula dengan perfume one drop.Macam-macam jenis ada.Ini just gambar dulu.Untuk buat anda-anda semua tengok-tengok dulu koleksi perfume one-drop,yang insya-Allah,halal.







okay...nak upload lagi..tapi,lambat sangat pulak..lain kali je la eyh...btw,ignore the background k...:) wassalam