Tuesday, June 14, 2011

Lihat sekeliling ...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh:)

Semoga Allah meneruskan ukwahfillah kita bersam-sama.:)

Hari ini,ana jumpa macam-macam ragam manusia.Sebenarnya x la bermacam-macam.2 jek haha.Nak cerita ke?urm.. x payahla,kan.Nanti,kata ana kutuk pulak.haha.x dela.main-main jek.Ana just try luahkan nasihat aje,ye dok?

Kes 1:
Berprasangka baik dengan saudara seagama kita.Senang cakap.Susah nak lakukannya.Tapi,kita semua perlu mencuba.Kita bukannya Tuhan yang layak menghukum.Kita ini hanyalah Hamba Allah saja.Hamba Allah saje.Kita memang x layak menghukum.Kita bukannya Tuhan yang tahu isi hati manusia lain.Mana kita tahu,niatnya ikhlas.X salah membantu.Kalaulah tidak masyarakat Islam menolong saudaranya sendiri,siapa lagi?Siapa lagi?Kadang-kadang terasa sedih,tapi susah nak ungkap.Kadang-kadang terasa sebak dalam hati,tapi sabar saje yg boleh dilakukan.

Kes 2:
Wahai umat Islam sekalian! Janganlah kamu meletakkan Islam itu pada dasarnya saje.Tidak pada kad pengenalan saje.Antum sedar atau tidak,tindakan umat Islam sekarang yang mengambil ringan tentang hukum Allah telah meracuni pemikiran anak-anak kita sendiri.Sedarla,pemuda-pemudi!bangunlah!Bangkitlah,sebagai Umat Islam yang berpegang teguh pada Al-Quran dan Hadis.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

Hampa(aik?tukar sleng pulok) tau x ? Sekarang,ramai muslim negara Malaysia ini mahu memurtadkan diri.Nauzubillah minzallik.Kat mahkamah tu,banyak permohonan orang Islam mahu keluar agama Islam.Itu yang kita tahu.Yang buat permohonan kat mahkamah.Yang kita x tahu???Antum semua nak tahu kenapa banyak kes-kes murtad ini?Mereka x nampak,x faham akan keindahan Islam itu sendiri.Kenapa?Lihatlah sekeliling.Bacalah akhbar.Tontonlah berita.Pasti antum akan faham.

Buang bayi.. Zina.. Merempit .. Merompak .. Rasuah .. Ramai yang mempertikaikan keindahan Islam itu sendiri.Tapi ,ana membantah ! Islam itu indah.Cantik.Umat Islam itu sendiri yg memburukkannya...

Sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah.

Maaf.Mengikut emosi pulak.hurmm.. jadi,sahabat-sahabat ana.Teruskan perjuangan.Dakwah.Nasihat sahabat-sahabat kita yang lain.Ana menasihati ini bukannya bermakna ana solehah.Baik sangat.Tapi,ana nasihatkan diri ana jugak.Ana pernah buat salah dulu.Terasa bebanan dosa itu terpikul di bahu ana senantiasa.Jadi,ana x mahu anak-anak kecil yang sedang meningkat remaja dibutakan dengan kehidupan duniawi semata-mata.X mahu jadi macam ana.

Melihat umat Islam kini,ana bertekad dalam hati tujuan dan hala tuju ana sebagai murabbi kelak semakin jelas.Doakan ana berjaya.Amin....

Sekian.Maaf.terkasar bahasa.Teremosi pulak dalam post ni.haha.senyum sokmo.:)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment