Thursday, September 29, 2011

Buka minda.Buka hati.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Kaifa halukum ,ya sahabah ?Insya-Allah,sihat-sihat saje aje kan?Orang kata bila habis kredit dalan phone,kita mesti akan cepat-cepat pi kedai nak topup kan.Tapi,jangan asyik dok topup handset,tapi lupa sesuatu yg lebih penting utk ditopupkan.yes,iman.Sebab dengan keimanan dan ketakwaan lah yg dapat membezakan seseorang dengan orang lain.Yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang bertakwa(rujuk dalam kalam Allah)...

Okay.baru-baru ini adalah satu forum yang dianjurkan oleh Hewi PMIUM kat universiti ana yang bertajuk "Wanita,Dirimu Begitu Berharga"...Sangat seronok berada dalam taman-taman syurga tu.Ahli-ahli panelnya pon terbaik.Antaranya kak Mona,Kak Rohayu and kak Catriona(selebriti).Dan apa yang dikupas,subhanallah,cantik sangat.melambangkan betapa hebatnya seorang wanita dalam membentuk ummah@generasi akan datang.

Tapi,bukan itu yg ana nak ceritakan.apa yg ana nak sampaikan di sini,mcm ni,ana dan sahabat ana pergila ke forum tu.dan dalam perjalanan tu ,sahabat ana cakap kat ana,"ish.malula.yg datang sini semua tudung-tudung labuh.Budak API(Akademi Pendidikan Islam).Aku aje pakai macam ini(tudung x labuh macam yg lain tp cukup untuk menutup dada)."Ana mmg dah agak itu yg akan terpacul drpd mulut sahabat ana tu.Ana cakapla."la...program ini utk semua orgla.Dalam poster tu x ckp pon khas utk pkai tudung labuh."Dia diam.Ana pon diam.(x taula dia dgr ke x,kan.hehe)

Anda semua nampak x?
Ramai yang beranggapan majlis-majlis ilmu ini hanya utk mereka yang pakai tudung labuh-labuh.and u know what?Ana sangat-sangat-sangat-sangat x setuju.majlis ilmu itu untuk semua.Universal.Global.Even mereka yang non-muslim pon blh ikut.it's even better.Jangan nak pandang pelik-pelik.Dan apa yang ana nampak ada puak-puak mereka.Yang tudung labuh-labuh just kawan dgn species mereka.Begitu jgk yang sebaliknya.Bila ana jalan-jalan,nak pergi ke kelas ke apa ke,ana nampak byk mcm tula.(tp,x semua la.ada jgk yg berkawan dgn semua org)

y dont kita bukak minda kita.buka pemikiran kita.kawan dengan semua org.x kira dia mcm mana.memang,pemakaian itu melambangkan agama seseorg.Tapi,pemakaian tdk melambangkan hati,keihklasan,keimanan dan ketakwaan kita kpd Allah.Tidak sesekali.Jadi,jangan pandang seseorg mulia dr segi pemakaian seseorg itu.Biarlah asalkan dia meutup aurat dengan sempurna.full stop.and berbaik sangkala dengan sesiapa pon.Husnu zhon.Itu yang terbaik.Tak kirala pada sesiapa.sama ada yg tudung labuh atau x.manusia ini macam-macam ragam ada.dan kita x tau qalbun mereka macam mana.baik sangka.baik sangka.baik sangka.

Bagi ana,ana x pandang pemakaian seseorang itu sangat.Apa yang ana pandang adalah kata-kata dia.Kata-kata yang sarat dengan pengajaran dan hikmah.Bicara yang mampu membuatkan ana sebak kerana mengingatkan Ya rabb kita.

sahabat-sahabat yang diredhai Allah,

ana pasti sahabat-sahabat semua pernah dengar tentang cerita wanita yang berzina yang memberikan anjing minum air ditempatkan di syurga,bukan?Kalau kita,mesti ada yg ckp,"Ha.nerakala kau."kan?nampak x,orang seperti ini dpt kecap kebahagiaan di akhirat sana.bukannya ana nak galakkan semua buat maksiat.Tapi,pengajaran drpd cerita itu.syurga bukan milik kita.kita x layak nk hukum org lain.kita bukan penghukum.Tapi Allahla sahaja yg blh menghukum kita.Dengan rahmat-Nya la ,si penzina itu dapat masuk syurga.sedangkan Rasulullah saw pon ckp baginda masuk syurga atas kerahmatan daripada Allah.subhanallah.Nabi,yang maksum tu,pon masuk syurga atas rahmat-Nya.kita ni?lagilah kerdil.

so,that's the end of story.:D

semoga dapat manfaatnya.Insya-allah.wassalam.

Friday, September 16, 2011

"Kelemahanku adalah kekuatanku"

Bismillahirrahmairrahim.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Terasa jari-jemari ana ini rajin pula menari-nari atas keyboard nie.
So,how are u today,sahabat-sahabat ana sekalian.SemogaAllah sentiasa merahmati kalian semua.Amin.

So,apa yang nak ana kecoh-kecohkan kali ini,ye?Oooo,yeah.Baru-baru ini ada berlaku musibah yang memang ana dapat rasakan akan berlaku pada diri ana.Tapi,ana rasa x perlulah ana nak cerita.Apa yang ana nak bgtau kali ini adalah.....

"Kelemahanku adalah kekuatanku."

Ana sangat-sangat bersyukur sebab Allah telah mmembukakan hati ana untuk pergi mengikuti usrah yang disampaikan oleh pihak PMIUM.dan salah satu kata-kata yang ana pegang sekarang adalah seperti diatas.

Apakah maksudnya?Kelemahan?Kekuatan?Apa ini?Macam mana blh dikaitkan dan disamakan kedua-duanya?Macam mengarut aje.

Sahabat-sahabat yang ana kasihi kerana Allah,

Pernahkah sahabat merasai ada musibah yang sahabat-sahabat tidak mampu untuk menghadapinya?Pernahkah sahabat-sahabat terasa lemah dengan apa yang berlaku?Ana pernah.dan banyak kali berlaku pada diri ana.Tapi,entah bagaimana,alhamdulillah,ana mampu bangun kembali dengan izin Allah.Sebagai contoh,musibah yang menimpa pada diri ana baru-baru ini.

Tapi,apabila kita terasa lemahnya kita ketika itu,time itulah adalah kekuatan kita.Ya.kekuatab kita.Why?Sebab apabila kita terasa lemah,ketika itulah kita akab memohon kekuatan,mohon pertolongan daripada-Nya.Dan kekuatan akan terkumpul dengan izin-Nya.

Dan apabila musibah itu menimpa pada diri ana ketika itu,ana cuba bertenang.dan apa yang ana ungkapkan adalah "Ya Allah,tolonglah aku." dan Alhamdulillah,Allah berikan kekuatan pada ana.Ana boleh aje menangis.Tapi,ana fikir kembali."Itu semua dunia.Sabar,Syafiqah.Sabar."dan Alhamdulillah,ada yang masih menolong.terima kasih pada dia.Semoga Allah sentiasa merahmatinya.

dan apabila ana duduk dalam bas.ana teringat akan kalimah di atas."Kelemahanku adalah kekuatanku."Dan saat itulah ana menjadi lebih kuat.Alhamdulillah.

Dan yang menjadikan ana lebih lebih kuat adalah apabila ana teringat Allah berfirman,

"...Aku tidak akan membebankan hamba-hambaku melampaui batas kemampuannya..."

Sekian aje,
Jadi,sahabat-sahabat ana sekalian,ingat! Kalian mesti kuat kerana kalian hebat!

wassalam.:)