Wednesday, February 8, 2012

Aku nak kawen dah .

Bismillahirrahmanirrahim …

Hohoho…haha.tetibe jek. tajuk x de kene mengena pon.haha...

Cinta itu cahaya sanubari,

Kurniaan Tuhan,

Fitrah Insani,

Dan Di mana,Terciptanya cinta,

Di situ rindu bermula……..


Ooopsss! Bila ada cinta , mula ada rindu …

Okayh! Takde kene mengena dengan tajuk hari ni.ngehngehngeh… saje jek bagi korang takjub sikit.haha.

Marriage . Kawin .

Wah.wah.best nye tajuk nie…best sangat. Best sangat,

ngehngehngeh …

Act, ana x spesifikkan tajuk untk hari ini. Sbb I found something on facebook that get me interested on it.

Perkahwinan elak daripada zina .

Ooohhh… yearh .,baby. Haha. Merapu lagi..haha. sounds annoying right.

Ana omomomomomo(sangatsangatsangatsangatsangat) tertarik dengan tajuk ni dalam facebook ana.

I think we should start with a heart full with sincerity . Hangpa jangan nak kondem ana ea. Provoke pon x boleh. Ini blog ana , jadi ana boleh suarakan pendapat tanpa menyebelah kepada pihak yg ekstrem atau pun sebaliknya.Ana dipertengahan.

Act , apakah hokum perkahwinan ini ?

Soalan ini ada x pernah bermain-main dalam kotak minda hangpa ?

Kalau ada , baguih la . Alhamdulillah . Hangpa ada perasaan ingin tahu . Tapi ,soalan tu tak akan terjawab dengan sendirinya . Tanya , Cari , Kaji … Janganla nak tau tapi xde usaha .. Tak guna jugak .

Hukum Perkahwinan itu boleh jadi WAJIB, SUNAT,HARUS,MAKRUH dan HARAAAAMMMM …

Tapi, hari ini ana tak mahu tekankan hukum marriage ni..

Malas nak tulis panjang-panjang . ngehngehngeh ..

Kahwin tu dapat elak zina.Kau tak tahu ke ?

Oh,babe . Ana tau tu babe . Statement tu hanya dipandang oleh mereka-mereka yang memandang pada satu cara sahaja. Sedangkan Allah bagi banyak lagi alternatif untuk elakkan zina. Jangan pandang hanya pada satu cara sahaja . Kalaula kita x mampu untuk berkahwin, takut zalimi pasangan kita , Allah bagi kita alternatif untuk kita berpuasa .

Tapi,saya puasa pon macam boleh aje ada kemungkinan untuk melakukan zina.Camne tu,dude?

Dude ! Ana pernah tengok satu ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus . Kalaula berlaku perkara sedemikian, itu maknanya kita tak puasa dengan ikhlas ., dengan jujur . Puasa tu untuk kita tahan diri kita bukan aje dari makan atau minum , malah sebarang perbuatan yang boleh batalkan puasa kita . Cuba . muhasabah diri kita sama-sama. Perbetulkan niat kita. Niat kita “ Aku berpuasa hari ini kerana Allah Taala.” . Kita takla pulak niat .” Aku berpuasa hari ini sebab aku nak elak daripada zina” kankankan?

Apabila kita niat kerana Allah,kita yakin yakni Allah sedang perhatikan kita . Kalau kita nak buat jahat sekalipon , kita ingat balik niat asal kita .



Orang kata kalau kapel tu hampiri dengan zina. Jadi, aku nak kawen jela sbb nk elak zina. Salah ke ?

Kau tanya salah ke? Eysh , budak ni . Sape kate salah. Takde sape yang kata kalau kau kawen tu salah. Takde.Takde. Kawenla. Tapi, …

Allah berfirman dalam kalam-Nya,

“Jangan hampiri zina.”

See, hang sendiri cakap yang kapel tu hampiri dengan zina. Janganla dok gatai-gatai nak kapel-kapel . Perkahwinan tu memangla dapat elak daripada zina. Tapi, kalau kita buka ruang-ruang untuk menghampiri ke atah jalan zina , memangla x mustahil akan berlaku perzinaan . Contoh , SMS atau calling benda-benda yang tak mustahak .

Habes tu,tak boleh nak bercinta la. Nanti buat zina.

Kawan, cinta itu satu fitrah .. Perlu ada pengawakalan diri dan juga iman. Jangan terlalu leka denga cinta manusia sedangkan cinta Tuhan , entah ke mana . Seiringkan perkahwinan tu dengan rasa untuk tambah ketakwaan kepada Ilahi . Nak kawen kawenla . Tapi , pastikan diri kita siap dengan rasa untuk pikul satu lagi tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri. Nanti kelak , kita akan pikul tanggungjawab yang lain pula. Muhasabah diri sama ada kita ni boleh pikul tanggungjawab tu atau tidak.


Ana pon sedang cuba untuk perbaiki diri untuk persediaan melangkah ke alam itu kelak.Bila? Wallahu'alam .

Kalau ada yang x puas ati,maaf banyak2 yek.Takde niat pon nak sebelah sape2 .

:)

Wassalam ....