Thursday, April 28, 2011

katakan TIDAK pada RIAK&BUANG MASA..

Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh..

selamat malam:) (tulis time malam nie)... Adoiiii....Sekarang nie,aku tgh bercuti.. al-maklumlah dah abes asasi.dan insya-Allah akan sambung je degree.insya-Allah.doa-doakanlah ea.urm, time tgh2 cuti nie.patutnya banyakla masa lapangkan?memang..TERLAMPAU BANYAK MASA LAPANG yang ada.tp mcm setiap saat yg aku gunakan x byk yg bermanfaat.Betullah
" Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sehat dan masa lapang."(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

urm...rasa menyesal pon ade.aku asyik tido jek keje.xpon tgk tv...Ahha.!itulah jadinya..buang masa kan?aku dah pening dah...hehe...hurmmm...patutnyakan banyak masa nie,kene banyakla,bertambahlah ibadat kan?tp,aku nie...ntahla...naik turun.ikut mood.astaghfiruallah...

semua perkara,amalan tu kene istiqomahkan?bagi aku yang baru nak mengorak langkah ke arah yang solehah tu,macam terasa susah jek...tp,kalau itu aje cara aku nak dapat redha Allah.kita kene paksa diri kan untuk buat amal kebaikan.Macam mana ea nak pupuk rasa istiqomah dalam hati ni?bukan hati jek aku nak,malah anggota badan aku jgk aku nak istiqomah.korang ada idea x?aku x de.kalau korang ade,komen2la aku.bgtau cara mcm mana nak istiqomah nie.seronok kalau kita buat perbincangan nie.rasa macam usrah jek…aku jahil lagi.jadi,korang blhla bantu aku nie k?insya-Allah aku pon blh tolong korang ikut kemampuan aku.


Teringat aku pada satu ayat dari surah al-kahfi ayat 103-104 . Allah berfirman,”Katakanlah Muhammad,apakah perlu Kami beritahukan kepadamu tentang orang paling rugi perbuatannya?iaitu orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia,sedangkan mereka telah mengira berbuat kebaikan.”
Aku x nak jadi dalam kalangan manusia dalam ayat nie.Nauzubillah.minta sangat sangat sangatla dijauhkan.Aku pasti korang pon x nak kan?kan?kan?Inilah dikatakan sebagai RIAK.Dalam ayat ini sangatlah jelas buat kita,yang mereka yang anggap dah buat banyak kebaikan,cakap”Aku dah buat banyak amal.”,”Aku Qiamullail setiap hari.Kawan2 aku x.tau tido jek.” ,”Aku dah banyak bagi sedekah nie.Masuk syurgala aku.Masuk syurgala aku cmnie.” dan etc,sebenarnya SIA-SIA BELAKA.faham x?sia-sia jek.Nawaitu bukan kepada Allah.


Aku sangat-sangatla suka nak nasihatkan diri yang selalu lupa nie dan kawan-kawan yang aku sayang sangat-sangat kerana Allah,biarlah setiap amal kebaikan yang kita buat tu kita diamkan jek.Buat kebaikan ,dan rahsiakan.Biar kita dan Allah aje yang tahu.TAPI! bilamana ada timbul dalam hati kita riak tu.cepat2 beristighfar.Semua orang yang lemah imannya x kan terlepas dengan ujian riak nie.Aku mengaku,aku pon ada sifat tu kadang-kadang.sebab 2 musuh kita,iaitu syaitan dan nafsu ,sentiasa membisikkan kejahatan ke dalam hati kita.Jadi,untuk ambil langkah selamat.Kau tgk beberapa golongan,contohnya:
1)Kanak-kanak:Alangkah beruntungnya mereka .Mereka masih suci dan tidak tanggung apa-apa dosa pon.
2)Muallaf:Beruntungnya diorang nie.Baru masuk islam.Segala dosa-dosa diorg time jahil dulu dah x amek kira dah.dapat buku baru.Macam bayi yang baru lahir,suci dari dosa.


Tu jek yg aku ingat..hehe…Tapi,kita jgk kene ingat ilmu kene kongsi jgk.Jangan sesekali ingat yang org beri ilmu tu saje nak tunjuk dia pandai ke apa.Tapi,berprasangka baik adalah yang terbaik ….Ilmu yang ada kat mana-mana,kita kutip.Hatta kalau ilmu tu datang dari mulut si miskin atau hamba sekalipun,kita amek.Sebab kita nie banyak yang kita x tau..Ilmu yang kita tau nie x sebanding dengan ilmu Allah.Kalau diukur dengan selautan,ilmu manusia nie hanya setitis jek dari lautan tu.Sebab?Allah Maha Mengetahui segalanya.Semakin banyak kita belajar,rupa-rupanya semakin terasa makin banyak yang kita x tahu.

Kita,manusia,sangat istimewa.Maka bersyukurla...

Soalan menguji minda:

Mak aku yang tanya.Aku x tau nak jwb ape.

----Apa hukum seorang hakim mahkamah menjatuhkan kesalahan kepada yang x bersalah?

Please leave your respond on the comment box ,if u know the answer.thank u:D

Wallahu’alam.(Hanya Allah saja yang tahu)…..

Friday, April 15, 2011

Buat sahabat:D




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Apa khabar sahabat-sahabat yang saya cintai kerana Allah.:) Saya doakan semuanya bukan saja sihat physically,tapi sihat iman jugak.Insya-Allah.
Hari ini,kita bincangkan tentang ukhwah.Ini bukan ukhwah walawe jek.tp ukhwahfillah.Pertalian dan hubungan kerana Allah S.W.T.Sahabat yang baik akan mengajak kea rah kebaikan.Sama-sama mencari redha Allah.Sama-sama perbetulkan kesilapan sahabat.Kenapa?Supaya dia kembali ingat kepada siapa yang harus dia bergantung.Siapa ea?Tentulah Allah,bukan?
Sahabat.Kita boleh nampak dia tu sahabat bilamana kita susah,dia ada.kita senang,dia ada.Dia ada untuk nasihatkan,motivasikan,tarbiyyahkan kita.Sahabat ni wasilah.Persahabatan ni ada tiga tahap.Yang paling low ah,adalah dengan berprasangka baik dengan sahabat kita.Atas sikit,tolong sahabat kita..dan persahabatan yang tertinggi adalah dengan mencintai dan mengasihi sahabat kita melebihi dari diri kita sendiri.Kita tahap mana?nilai sendiri ye,sahabat-sahabat.Kita ambil satu contoh persahabatan yang murni.Abu Bakar as-siddiq.Siapa yang x kenal kan?Sahabat Rasulullah S.A.W yang sentiasa membenarkan apa-apa yang dikatakan,dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.Baikkan?Hebatkan?Ambil contoh,ketika penghijrahan ke Madinah.Abu Bakar sekejap sekejap di kiri baginda.sekejap sekejap di kanan baginda.sekejap sekejap di depan baginda.sekejap sekejap dibelakang baginda.betapa risaunya Abu Bakar dalam melindungi sahabat yang dicintainya.Dalam Gua Hira’,Abu Bakar menahan kesakitan terkena bisa.X jerit.X mengaduh sakit.Semata-mata x nak kejutkan sahabatnya,Rasulullah S.A.W.dalam Perang Uhud,selepas umat islam ramai yang terkorban kerana terpedaya dengan tipu helah orang kafir,seramai 10 orang yang mengelilingi Rasulullah S.A.W untuk melindungi baginda.Mereka sangat menjaga Rasulullah S.A.W.Rela mati dahulu sebelum pihak musuh meng’apa-apa’kan baginda.Contoh lain,selepas berhijrah ,pihak ansar dengan murah hatinya memberikan,menghadiahkan harta-harta mereka kepada pihak muhajirin.Kenapa?hanya satu sebab saja.Kerana Allah S.W.T.
Ukhwah kerana Allah tu mahal.Susah nak pupuk melainkan ada sahabat yang punya matlamat yang sama,iaitu mencari redha Allah.Bila dia x da,kita rasa gundah gelana.Tertanya-tanya pada diri,siapa yang nak nasihatkan aku lagi?siapa nak tegur aku kalau aku buat salah?kan?kan?
Kenapa persahabatan ini dikisahkan kali ini?Sebab saya akan ‘berpisah sementara ‘ dengan sahabat-sahabat saya.Tapi insya-Allah.Bak kata kak rozana(team wonderpet).dengan izin Allah,kita semua dipertemukan di syurga.Amin.
Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa setiap umat islam adalah bersaudara.Nampak kan yang Allah sangat pentingkan UKHWAH .Dan biarlah dalam persahabatan tu berlandaskan keimanan kepada Allah.Pasti nanti akan terasa kemanisannya.Kenapa?Sebab.salah satu perkara yang menyebabkan kemanisan iman itu adalah mencintai sahabat daripada diri sendiri.Jadikan sahabat itu sebagai wasilah untuk kita lebih mencintai Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.
Setakat itu saja kalam dari saya.Mohon maaf ada terkasar bahasa,terguris rasa.Lastly,carilah sahabat yang baik kerana sahabat itu mencerminkan diri kita.Sahabat yang baik,apabila dipandang wajahnya,membawa mengingati Allah,mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu,terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada Allah,berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah.subhanallah.
(Sahabat-sahabat yang akan berpisah ,janga gusar.jangan bersedih.ingat kat mana pon anda berada,jihad kerana Allah .Ana romyun min rimayatil islam,farmi aina masyita(Aku adalah anak panah Islam daripada anak-anak panah islam.Lemparkan aku kemana saja,aku akan tetap berjuang demi Islam.)Kata-kata daripada Saad bin Abi Waqqas.Jadi aku adalah anak panah itu.Kamu pon jua anak panah itu.Maka,mari berjuang tegakkan Islam kerana Allah.)Allahuakbar!Sekian.Ukhwahfillah wa uhubukumkafillah(ukhwah kerana Allah dan saya cintakan kamu kerana Allah)Assalamualaikum.:D

Thursday, April 7, 2011

Syukuri Nikmat.:)

Assalamualaikum warahmatullahibarakatu,semua.

Semoga,yang membaca,yang tidak membaca juga,dilimpahi rahmat dan redha serta nikmat daripada-Nya sentiasa.Amin.Apa khabar sahabat hari ini?Sihat?Alhamdulillah.Sakit?Itulah kafarah daripada Allah.Bergembirala dengan kafarah yang diberikan.Tapi.....Apa khabar pula iman kalian hari ini?Bertambah drastik?Atau...Menurun mendadak?Nauzubillah.mintak-mintak dijauhkan.Hari ini kita bincangkan tajuk NIKMAT.

Nikmat?Sahabat-sahabat pernah x rasa,x da apa-apa dalam dunia ini?ADA?tipu jekkk.hehe.sebenarnya,nikmat yang Allah berikan x pernah putus-putus.Cuma kita sahaja x pernah nak faham,nak lihat,nak hayati,nak ambil pengajaran.Cuba kamu lihat tangan?Mata?Mulut?Kaki?Ada x?Alhamdulillah,ada bukan.Bagi mereka yang kurang sempurna dari fizikal,Allah telah berikan kelebihan yang lain.Kita ambil contoh, Orang yang cacat penglihatan(buta),punya kelebihan dalam menggunakan pancaindera telinga yang tajam.Orang yang kurang anggota tangan,punya hati yang cekal untuk gerakkan sesuatu sama ada guna kaki atau badan.X percaya?Buka surah Al-Mulk ayat 3.

"Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis.Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih.Maka lihatlah sekali lagi,adakah kamu lihat sesuatu yang cacat?"(surah Al-Mulk:ayat 3)

Nampakkan?Allah suruh melihat dan fikir hikmah di atas setiap kejadian-Nya itu.Hatta,habuk-habuk pon ada kelebihannya.Ada ke?Ada...Allah tidak akan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.Hikmahnya,tanpa habuk-habuk tu,x dala pekerjaan cleaner dalam dunia ini bukan?Semuanya,dah bersih.clean.Jadi,mungkin ramai yang akan menganggur.Tengok.itukan hikmah jugak.

Sebut tentang nikmat.Berdasarkan pengalaman yang saya sendiri tempuh.Satu hari tu,saya dalam perjalanan ke rumah dari universiti.Naikla LRT.Masa kat LRT tu,nampakla pasangan suami isteri yang cacat penglihatan(buta) bersama anak lakinya.Anak laki mereka sangat teliti memimpin ayah dan emaknya.Tiba-tiba,si ayah bertanya pada sorang kakak ni,"Maaf,tumpang tanya.LRT ni pergi mana?"(sambil diguide oleh sia anak)..saya rasa pelik.Kenapa si ayah x tanya anaknya sahaja?fikir punya fikir punya fikir.Aku dapat rasakan anaknya itu buta huruf.Tapi pasangan itu x menganggap kelemahan mereka itu satu yang menyedihkan.tp,wajah mereka diterangi dengan cahaya kegembiraan.Senyuman sentiasa melirik di bibir .Pelik bukan?aku dapat rasakan mereka gembira tidak dapat melihat dunia yang penuh dengan noda dan maksiat.Itulah,hikmahnya.

Tapi,kita?Yang sempurna akal fikiran,dan juga fizikal.Adakah kita selalu bersyukur dengan segala pemberian-Nya.Bangun pagi,siapa yang ucapkan Alhamdulillah ?x ramai kan?(muhasabah diri sendiri jugak ni.:D)Padahal,kita baru sahaja dibangkitkan dari kematian yang sebentar..Berapa banyak yang bersyukur diberikan nikmat udara yang 'free of charge' nie?Kalau kau nak jadi hamba Allah yang derhaka,jangan pijak bumi Allah!Jangan hirup udara ini!Pulangkan segala nikmat Allah!Apa yang ada pada kita?Kosong...kan?Xda pape..Sebab semuanya milik Allah...Bahkan diri kita ini pon milik Allah.

Dalam surah Ar-Rahman,Allah mengulangi ayat ini,"Nikmat apa yang kau dustai?"Semuanya lengkap.Jangan pernah cakap kau x cukup dengan apa yang kau ada.Syukur dengan apa yang kau ada,nescaya Allah akan tambahkan nikmat itu.Semoga semua ambil pengajaran dan sama-sama muhabah diri sendiri.Wallahu'alam.

Sunday, April 3, 2011

Ujian Itu Seronok(:

Assalamualaikum warahmatullahibabarakatuh.
Ujian=Test? Semua orang pernah lalui test kan? X kira ah ape jenis test tu.Test driving,test subjek math,test kimia and blablabla.banyak kan test tu.
Bila mana kita ditimpa musibah,ujian dan sewaktu dengannya,sudah2 tentula akan cakap ,”Kenapala aku nie malang?”,”Kenapa aku diuji sebegini?”,”Kenapa Allah turunkan ujian yang berat mcm nie kat aku?” dan sebagainya.Tapi ,tahu kita dan kamu,bahawa setiap ujian yang turunkan itu ada hikmahnya.Cuma kita sahaja yang x nampak lagi.Kenapa?Sebab kita x da kuasa 6th sense.Kita bukan tuhan.Kita nie x ada apa-apa.Boleh ah rujuk surah al-Baqarah ayat 216.Ha.bukak.bukakla al-Quran tu ya.sama-sama kita hayati dan perhatikan ayat ini.
“Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkanmu.Tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik untukmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia buruk untukmu.Allah mengetahui,sedang kamu kamu tidak tahu.”
(Surah Al-Baqarah,surah ke-2,ayat 216)
Nampak x ? Ujian yang Allah turunkan tu ada kebaikannya.Kita ambil satu contoh. Dato’ Q seorang yang kaya.teramatla kaya kan.Sampai x tau nak sumbat duit dia kat mana..bank sudah,laci dah,kotak dah.dan etc la.Tapi Dato’ Q ni walaupun tahu pasal islam,tahu pasal solat,sedekah,zuhud,tp dia x amalkan cara islam tu.Dato’ Q berdiri megah dan bongkaknya di bumi Allah ini.Dia x solat ,x sedekah.Berlagak nak mampos.(gimik jek gimik..haha.padahal jek)…Satu hari,rumah banglo 12 tingkat dia terbakar.Syarikat muflis.Anak bini lari.dan sebagainya.(mcm drama plk rasanya.ahaha)…senang kata sudah jatuh ditimpa tanggala.Kesenangan yang Allah berikan sebelum ini ditarik semula dengan mudah sahaja.Malah ujian yang diterima.Sebenarnya,ujian itulah yang mendekatkan diri kepada Pencipta kita yang Mutlak iaitu Allah subhanauwataala. Allah sangat merindui doa kita.rindukan rintihan hati kita.rindukan suara kita.Lalu,Allah turunkan ujian itu agar kita ingat bahawa hidup ini perlu ada rasa syukur setiap masa.Kenapa?Sebab udara ,O2 ,yang kita hirup ini setiap masa ,yang free of charge ini,datang dari siapa?Tentulah datang daripada Allah,bukan.
Kalau nak bandingkan diri kita dengan para sahabat Rasulullah S.A.W ,memang jauh perbezaaannya.Macam langit dengan bumi.Bila kita ditimpa musibah,kita akan menangis.merungut.memaki hamun.Tp,para sahabat dahulu,apabila tidak ditimpa musibah satu hari ,mereka akan rasa gundah gelana.Bertanya-tanya sama ada Allah x sayang mereka dah.Allah x rindukan mereka kah.Mereka happy dengan setiap ujian yang Allah berikan.x macam kita,kan.Jeles plk aku sebab diorang ada keimanan yang tinggi mcm tu.Korang x jeles ke?
Jadi,bila mana kita ditimpa musibah.Jangan tension.Kenapa? Sebab Allah berfirman….
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]
Ayat ini menunjukkan bila mana kita tengah menghadapi ujian itu,kita berdoa.Allah pasti akan bantu kita.Tapi,lepas kita dan sengang lenang ,ingat! Jangan sesekali lupa pada Allah..Sebab kepada Allah kita bergantung segala halnya..
Sekian dahulu coretan saya kali ini.Harap semua (cewah.ahaha) dapat hadapi uiian itu dengan tabah dan sabar.Sebab Allah x akan bebankan hamba-Nya dengan ujian yang melampaui batasan kemampuan kita.Percaya pada-Nya dengan kepercayaan yang jitu dan utuh. Sama-sama kita nasihat.dan ingatkan antara satu sama lain.Ma’asalamah.