Sunday, April 3, 2011

Ujian Itu Seronok(:

Assalamualaikum warahmatullahibabarakatuh.
Ujian=Test? Semua orang pernah lalui test kan? X kira ah ape jenis test tu.Test driving,test subjek math,test kimia and blablabla.banyak kan test tu.
Bila mana kita ditimpa musibah,ujian dan sewaktu dengannya,sudah2 tentula akan cakap ,”Kenapala aku nie malang?”,”Kenapa aku diuji sebegini?”,”Kenapa Allah turunkan ujian yang berat mcm nie kat aku?” dan sebagainya.Tapi ,tahu kita dan kamu,bahawa setiap ujian yang turunkan itu ada hikmahnya.Cuma kita sahaja yang x nampak lagi.Kenapa?Sebab kita x da kuasa 6th sense.Kita bukan tuhan.Kita nie x ada apa-apa.Boleh ah rujuk surah al-Baqarah ayat 216.Ha.bukak.bukakla al-Quran tu ya.sama-sama kita hayati dan perhatikan ayat ini.
“Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkanmu.Tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik untukmu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia buruk untukmu.Allah mengetahui,sedang kamu kamu tidak tahu.”
(Surah Al-Baqarah,surah ke-2,ayat 216)
Nampak x ? Ujian yang Allah turunkan tu ada kebaikannya.Kita ambil satu contoh. Dato’ Q seorang yang kaya.teramatla kaya kan.Sampai x tau nak sumbat duit dia kat mana..bank sudah,laci dah,kotak dah.dan etc la.Tapi Dato’ Q ni walaupun tahu pasal islam,tahu pasal solat,sedekah,zuhud,tp dia x amalkan cara islam tu.Dato’ Q berdiri megah dan bongkaknya di bumi Allah ini.Dia x solat ,x sedekah.Berlagak nak mampos.(gimik jek gimik..haha.padahal jek)…Satu hari,rumah banglo 12 tingkat dia terbakar.Syarikat muflis.Anak bini lari.dan sebagainya.(mcm drama plk rasanya.ahaha)…senang kata sudah jatuh ditimpa tanggala.Kesenangan yang Allah berikan sebelum ini ditarik semula dengan mudah sahaja.Malah ujian yang diterima.Sebenarnya,ujian itulah yang mendekatkan diri kepada Pencipta kita yang Mutlak iaitu Allah subhanauwataala. Allah sangat merindui doa kita.rindukan rintihan hati kita.rindukan suara kita.Lalu,Allah turunkan ujian itu agar kita ingat bahawa hidup ini perlu ada rasa syukur setiap masa.Kenapa?Sebab udara ,O2 ,yang kita hirup ini setiap masa ,yang free of charge ini,datang dari siapa?Tentulah datang daripada Allah,bukan.
Kalau nak bandingkan diri kita dengan para sahabat Rasulullah S.A.W ,memang jauh perbezaaannya.Macam langit dengan bumi.Bila kita ditimpa musibah,kita akan menangis.merungut.memaki hamun.Tp,para sahabat dahulu,apabila tidak ditimpa musibah satu hari ,mereka akan rasa gundah gelana.Bertanya-tanya sama ada Allah x sayang mereka dah.Allah x rindukan mereka kah.Mereka happy dengan setiap ujian yang Allah berikan.x macam kita,kan.Jeles plk aku sebab diorang ada keimanan yang tinggi mcm tu.Korang x jeles ke?
Jadi,bila mana kita ditimpa musibah.Jangan tension.Kenapa? Sebab Allah berfirman….
"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo'a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan." - [Surah Yunus, 10: 12]
Ayat ini menunjukkan bila mana kita tengah menghadapi ujian itu,kita berdoa.Allah pasti akan bantu kita.Tapi,lepas kita dan sengang lenang ,ingat! Jangan sesekali lupa pada Allah..Sebab kepada Allah kita bergantung segala halnya..
Sekian dahulu coretan saya kali ini.Harap semua (cewah.ahaha) dapat hadapi uiian itu dengan tabah dan sabar.Sebab Allah x akan bebankan hamba-Nya dengan ujian yang melampaui batasan kemampuan kita.Percaya pada-Nya dengan kepercayaan yang jitu dan utuh. Sama-sama kita nasihat.dan ingatkan antara satu sama lain.Ma’asalamah.

No comments:

Post a Comment