Friday, April 15, 2011

Buat sahabat:D




Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Apa khabar sahabat-sahabat yang saya cintai kerana Allah.:) Saya doakan semuanya bukan saja sihat physically,tapi sihat iman jugak.Insya-Allah.
Hari ini,kita bincangkan tentang ukhwah.Ini bukan ukhwah walawe jek.tp ukhwahfillah.Pertalian dan hubungan kerana Allah S.W.T.Sahabat yang baik akan mengajak kea rah kebaikan.Sama-sama mencari redha Allah.Sama-sama perbetulkan kesilapan sahabat.Kenapa?Supaya dia kembali ingat kepada siapa yang harus dia bergantung.Siapa ea?Tentulah Allah,bukan?
Sahabat.Kita boleh nampak dia tu sahabat bilamana kita susah,dia ada.kita senang,dia ada.Dia ada untuk nasihatkan,motivasikan,tarbiyyahkan kita.Sahabat ni wasilah.Persahabatan ni ada tiga tahap.Yang paling low ah,adalah dengan berprasangka baik dengan sahabat kita.Atas sikit,tolong sahabat kita..dan persahabatan yang tertinggi adalah dengan mencintai dan mengasihi sahabat kita melebihi dari diri kita sendiri.Kita tahap mana?nilai sendiri ye,sahabat-sahabat.Kita ambil satu contoh persahabatan yang murni.Abu Bakar as-siddiq.Siapa yang x kenal kan?Sahabat Rasulullah S.A.W yang sentiasa membenarkan apa-apa yang dikatakan,dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.Baikkan?Hebatkan?Ambil contoh,ketika penghijrahan ke Madinah.Abu Bakar sekejap sekejap di kiri baginda.sekejap sekejap di kanan baginda.sekejap sekejap di depan baginda.sekejap sekejap dibelakang baginda.betapa risaunya Abu Bakar dalam melindungi sahabat yang dicintainya.Dalam Gua Hira’,Abu Bakar menahan kesakitan terkena bisa.X jerit.X mengaduh sakit.Semata-mata x nak kejutkan sahabatnya,Rasulullah S.A.W.dalam Perang Uhud,selepas umat islam ramai yang terkorban kerana terpedaya dengan tipu helah orang kafir,seramai 10 orang yang mengelilingi Rasulullah S.A.W untuk melindungi baginda.Mereka sangat menjaga Rasulullah S.A.W.Rela mati dahulu sebelum pihak musuh meng’apa-apa’kan baginda.Contoh lain,selepas berhijrah ,pihak ansar dengan murah hatinya memberikan,menghadiahkan harta-harta mereka kepada pihak muhajirin.Kenapa?hanya satu sebab saja.Kerana Allah S.W.T.
Ukhwah kerana Allah tu mahal.Susah nak pupuk melainkan ada sahabat yang punya matlamat yang sama,iaitu mencari redha Allah.Bila dia x da,kita rasa gundah gelana.Tertanya-tanya pada diri,siapa yang nak nasihatkan aku lagi?siapa nak tegur aku kalau aku buat salah?kan?kan?
Kenapa persahabatan ini dikisahkan kali ini?Sebab saya akan ‘berpisah sementara ‘ dengan sahabat-sahabat saya.Tapi insya-Allah.Bak kata kak rozana(team wonderpet).dengan izin Allah,kita semua dipertemukan di syurga.Amin.
Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa setiap umat islam adalah bersaudara.Nampak kan yang Allah sangat pentingkan UKHWAH .Dan biarlah dalam persahabatan tu berlandaskan keimanan kepada Allah.Pasti nanti akan terasa kemanisannya.Kenapa?Sebab.salah satu perkara yang menyebabkan kemanisan iman itu adalah mencintai sahabat daripada diri sendiri.Jadikan sahabat itu sebagai wasilah untuk kita lebih mencintai Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.
Setakat itu saja kalam dari saya.Mohon maaf ada terkasar bahasa,terguris rasa.Lastly,carilah sahabat yang baik kerana sahabat itu mencerminkan diri kita.Sahabat yang baik,apabila dipandang wajahnya,membawa mengingati Allah,mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu,terlihat gerak gerinya meninggikan takut kepada Allah,berkawan dengannya berjuang ke jalan Allah.subhanallah.
(Sahabat-sahabat yang akan berpisah ,janga gusar.jangan bersedih.ingat kat mana pon anda berada,jihad kerana Allah .Ana romyun min rimayatil islam,farmi aina masyita(Aku adalah anak panah Islam daripada anak-anak panah islam.Lemparkan aku kemana saja,aku akan tetap berjuang demi Islam.)Kata-kata daripada Saad bin Abi Waqqas.Jadi aku adalah anak panah itu.Kamu pon jua anak panah itu.Maka,mari berjuang tegakkan Islam kerana Allah.)Allahuakbar!Sekian.Ukhwahfillah wa uhubukumkafillah(ukhwah kerana Allah dan saya cintakan kamu kerana Allah)Assalamualaikum.:D

No comments:

Post a Comment