Friday, February 11, 2011

Kasih Baginda:)

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.salam ukhwahfillah semua. :)
Seperti yang dijanjikan sebelum ini,kan saya cakap nak cerita kisah tentang nabi yang kita kasihi.Nabi yang mulia akhlak dan peribadi .. Siapa ?Nabi Muhammad S.A.W…Seperti yang kita semua maklum.Nabi mempunyai peribadi yang unggul . Akhlak yang mulia .rasa kasih sayang yang tidak berbelah bagi untuk umatnya.Sikap penyabar Rasulullah amat tinggi dan sifat itu sangat2la terpuji.Salah seorang sahabat saya ada menceritakan di mana Rasulullah berdakwah ( x pasti ke mana ) , baginda bukan sahaja dicerca dan di maki hamun.malah di baling dengan batu sehingga berdarah-darah dan darah itu mengalir separuh daripada kasut baginda.Walaupun kesahihan cerita ini tidak dapat dipastikan,(sebab sahabat saya tidak keluarkan sumber yang dia dapat),tp sekurang2nya kita kaji tentang kisah ini..
Jadi,lihatlah . Betapa besarnya pengorbanan nabi kepada umat baginda. Menyampaikan agama yang suci , membimbing manusia ke jalan yang benar , sehinggakan parah dan susah kehidupan baginda.semata-mata untuk umat baginda.Kenapa Rasulullah nak susah-susahkan diri mengajak . menyeru kita buat kebaikan?Sebabnya???Bukan sahaja setakat atas perintah Allah,malah atas dasar kasih dan cinta Rasulullah kepada kita.Betul ke Rasulullah kasih akan kita??betul ke?nak bukti.kat sini ada satu kisah::

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. Berkata:Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang,dalam keadaan berubah mukanya.Maka ditanya oleh nabi saw ..”Mengapa aku melihat kau berubah muka?”
Jawabnya:”Ya Muhammad,aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dimarakkan nyalaan api neraka,maka tidak layak bagu orang yang mengetahui bahawa neraja Jahanam itu benar,dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.”

Lalu nabi saw bersabda:’Ya Jibrail,jelaskan padaku sifat Jahanam.”
Jawabnya;”Ya .Ketika Allah menjadikan Jahanam ,maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah,kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih,kemudian seribu tahun sehingga hitam,maka ia hitam gelap,tidak pernag padam nyala dan baranya.Demi Allah yang mengutusakan engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar jarum nescaya akan dapat MEMBAKAR PENDUDUK DUNIA semuanya kerana panasnya.Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak,andaikan satu baju ahli neraka itu tergantung di antara langit dan bumi,nescaya akan MATI PENDUDUK BUMI KERANA PANASNYA.Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak,andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit,nescaya akan CAIR SAMPAI KE BAWAH BUMI YANG KE TUJUH.Demi Allah yang megutuskan engkau dengan hak,andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan TERBAKAR ORANG2 DI HUJUNG TIMUR kerana sangat panasnya.Jahanam itu sangat dalam dan perhiasannya besi,dan minumannya air panas campur nanah,dan pakaiannya potongan-potongan api neraka.Api nerka itu ada tujuh pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yeng tertentu dai laki2 dan peempuan.
Nabi saw bertanya:”Apakah pintu-pintunya bagai pintu-pintu rumah kami?”

Jawabnya:”Tidak,tetapi selalu terbuka,setengahnya di bawah dari lainnya,dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70000 tahun,tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.”(nota kefahaman:lagi bawah,lagi panas)
Nabi saw bertanya:”Siapaka penduduk masing-masing pintu?”
Jawab Jibrail:”Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik dan orang-orang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,pintu ketiga tempat oranbg shobiin bernama Sanar ,pntu keempat tempat Iblis dan pengikutnys dari kaum majusi bernama Ladha .Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah,Pintu ke enam tempat org nasara bernama Saeir.”Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah saw sehingga ditanya”Mengapa tidak engkau terangkan penduduk ke tujuh?”

Jawabnya:”DI DALAMNYA ADALAH ORANG2 YG BERDOSA BESAR DARI UMMATMU YANG SAMPAI MATI BELUM SEMPAT BERTAUBAT.”
Maka nabi saw jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi saw di panguannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda,”Ya Jibrail,SUNGGUH BESAR KERISAUANKU DAN SANGAT SEDIH KU.Apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?”Jawabnya,”Ya,iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu,”Kemudian ,nabi saw MENANGIS,Jibrail juga menangis,kemudian nabi saw masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang lain dan bila sembahyang selalu menangis dan berdoa kepada Allah.(Dipetik dari “PERINGATAN BAGI YANG LALAI”)
Subhanallah.
Lihatlah betapa besarnya kasih nabi kepada ummat baginda,walaupun kita x pernah melihat,jumpa baginda.Bukan?
Tapi sejauh mana kita kasih pada baginda?
Saya hanya mengharapkan agar kisah ini,bukan untuk suka2 saja.Tp,sama2la kita,maksudnya saya dan kamu,ha..kamula.yang tgh baca nie…ambil teladan.Kalau nak menangis,menangisla.Rasailah betap besarnya nikmat kasih sayang yang Allah berikan kepada hambannya.Kalau nak sebar-sebarkan,x jadi masalah.Kerana itu tanggungjawab kita ….:)
Lain kali kita cerita pasal Bilal bin Rabah,sahabat Rasulullah saw,yang sangat rindukan baginda selepas kewafatan baginda.Insya-Allah.Salam …

1 comment: