Tuesday, January 17, 2012

Jangan Silap Tujuan

In the name of Allah.

Mengharapkan agar kata-kata di sini menjadi saksi di Padang Mahsyar kelak,di hadapan Allah,di hadapan seluruh umat manusia bahawa ana memegang erat dengan kalimah syahadah,pegangan setiap individu manusia.Mengharapkan ia menjadi bukti satu hari kelak.

Ana baru tersedar.

Apa yang ana buat sesuatu yang salah.Ana meletakkan habluminannas lebih daripada habluminallah.Apa yg ana merapu kan?

Dulu,masa ana masih PASUM,ada rakan-rakan yang akan menasihatkan kita.Yang akan mengeluarkan ana dari kegelapan kepada cahaya yang terang.Tapi,ana silap.Ana silap meletakkan anjakan ana itu pada bukan tempat yang betul.

Niat yang sebenarnya adalah meletakkan amal-amal yang kita buat kerana Allah.Bukan kerana sahabat atau makhluk-makhluk Allah.

Ya!Sahabatla yang akan menasihati kita.Yang akan sama-sama mendokong agama Allah.Tapi,mereka hanyala sebagai wasilah daripada Allah.Hanyalah wasilah.Bukannya sebagai tujuan.

Bayangkan,sekiranya masih ada sahabat di sisi kita,kita sama-sama mendekatkan diri dengan Allah.Tapi,bilamana sahabat kita tiada lagi dengan kita,Masihkah lagi kita menggerakkan diri ke jalan-Nya.

Dan itu yang terjadi pada ana.Ana selalu memuji dia.Sehinggakan ana lupa pada Yang Selayak-Nya di-Puji... HInggalah Allah menjarakkan kami... barulah ana tahu tujuan ana untuk hidup adalah kerana Allah,bukan pada makhluk-Nya.

Sama-sama,kita berusaha menjadi Hamba ILahi...ameen..:)

No comments:

Post a Comment