Monday, May 23, 2011

diam ATAU pokpekpokpek?

Assalamualaikum warahmatuhiwabarakatuh.

Berdiam diri? ATAU.. Bersuara? Kadang-kadang kita terlepas pandang dengan apa yang kita cakap.Tapi,bila diam,dikatakan bisu pula,ye..

Bagi aku,bila diam itu,tandanya bijak.Bila ingin berikan nasihat,ingin berkata-kata,biarlah yang baik-baik.haha(aku gelak untuk diri aku sendiri).Aku ni pandai jek cakap.i mean tulis.Tapi,bila praktikalnya,aku ni seolah-olah tak ingat apa yang aku cakap.Main sembur je bahasa.Tersedar dengan kesalahan tu,hanya mampu untuk beristighfar.Rasa bersalah.Tapi,tak mohon-mohon maaf juga.BIla raya je ,baru mintak maaf.Mohon maaf tu,untuk raya jek kot.Jahatkan aku?

Kadang-kadang bila ada yag bercakap ,aku tersentap jugak.Tapi,simpan dalam hati sahaja.Tidaklah pula nak meluahkannya pula.Always advise myself to think positively.Manalah tahu,itu memang salah aku.Itu kesilapan aku.Just be patient.Allah SWT sangat suka hamba-Nya yang bersabar.Jelas dalam al-Quran

“Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan,sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”(Surah Asy-Syura:43)

Jadi,aku x nak salahkan sesiapa.Memanglah perit orang kata kita.Lebih-lebih lagi bila ia terkesan dalam hati.Tapi,sabar dan kemaafan saje yang mampu selesaikan masalah hati itu.Bodoh?Biarlah nampak bodoh, kat mata manusia,tapi kalau Allah kata itu lebih baik,maka ianyalah yang baik.Aku yakin itu.

Orang-orang tua selalu cakap,”diam itu tanda setuju.”.Tapi,aku x setuju.Haha.Mungkin seseorang itu diam sebab terdesak.Mungkin dia diam sebab betul-betul bisu.Mungkin dia diam sebab x nak sakitkan hati mana-mana pihak.No one knows deep inside their heart.Tak semestinya orang yang kelihatan gembira luarannya,sebenarnya gembira.Mana kita tahu dia sedih.Macam kita juga,diam bukan tanda bodoh.dan bersuara bukan tanda bijak sangat.

Kadang-kadang,aku takut jugak nak bercakap.Takut ada yang tersinggung.Yela,bahasa aku ni kan kasar.Tapi,kadang-kadang tu x terniat dalam hati ini nak sakitkan hati orang pula.Jadi,aku fikir diam lebih baik dari sakitkan hati orang.Diam lebih baik dari berkata tidak berfaedah.Diam lebih baik dari memfitnah.Diam lebih baik dari berbohong.Diam lebih baik dari mengumpat.Jadi,lebih baik diam saja.Jika ingin berkata,biarlah yang baik-baik…Jika ingin berkata,biarlah ia memberikan manfaat kepada semua orang.Dan kalau boleh ,apa yang kita cakap tu biarlah selaras dengan tindakan kita..

Pesanan:Harap sesiapa yang perasan aku ini sakitkan hati sesiapa,bagitahulah aku.Insya-Allah,aku akan terima kritikan itu sebaik mungkin.Kalau aku lupa untuk bersabar,maka ingatkanlah aku.Aku ini manusia biasa juga.

Sekian.Wassalam.

4 comments:

  1. bila orang meminang,jgn diam.
    sbb org tua faham,diam tanda redha.
    err,ade kena mengena ngan topic x ni?
    :]

    ReplyDelete
  2. haha.aku pon x tau..bolehla tu bolehla...

    ReplyDelete
  3. haha.
    xpe.perempuan kalau dalam bab nikah,memang diberi kebebasan memilh suami.
    selagi kita tak kata yes,selagi tu kita tak terima.
    kahkahkah

    ReplyDelete
  4. aku baru baca kat utusan.
    hadith.bila anak dara yg dirisik senyap,tu tanda dia setuju.
    untuk janda,dia kena kate dia setuju dulu baru kita bleh anggap dia setuju.
    haha

    ReplyDelete