Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru:D

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


Ha.jawab.jawab.jangan x jawab.hehe. Apa khabar fizikal dan rohani sahabat-sahabat yang aku cintai kerana Allah.?Iman pula bagaimana?Aku harap semuanya berada dalam keadaan yang ‘sihat-sihat’ aje yek.:) Okay bersempena dengan 16hb Mei nie,sekolah mesti meriah punyala kan.Why ah?oooo…Hari Guru rupanya.


Titipan kali ini khas untuk cikgu-cikgu ,teacher-teacher,sir-sir,ustaz-ustaz,dan ustazah-ustazah sekalian.Okay pendek kata murabbi(pendidik)..Cikgu nie hebatkan….Jaga anak-anak murid.Jaga rumah tangga.Jaga anak-anak sendiri.Fuhh.Banyak tugasan mereka.Susah betul jadi seorang murabbi.


Namun,aku sangat respect seorang murabbi ni.Semua orang belajar daripada dia.Aku.Korang.Mereka.Senang kata semua orangla.Cuba teka???X payahla.aku bg jawapan terusla kan.haha.Dia yang dimaksudkan adalah … jeng jeng jeng ….haha…ok.ok.serious.Dia adalah Muhammad Bin Abdullah.Siapa tu???Ya,dia adalah Nabi Muhammad SAW.Utusan daripada Allah.Kenapa pulak ekh aku cakap macam tu?Baginda mana pernah ajar kita secara ‘terang-terang’…Depan-depan kita kan?

Memangla.Tapi,akhlak,sunnah,dan nasihat baginda itu yang mengajar kita untuk jadi hamba yang sentiasa bersyukur.Aku x bolehla x cerita sirah-sirah dulu.Walaupun korang dah tau,kan.Aku nak bgtau jugak.HAHA.Impian aku kan bila dah berumahtangga,kan…haha.bapak terus terangkan..haha.xpe boleh kongsi…:P aku nak ceritakan sirah-sirah nabi kat anak-anak aku at leastla seminggu sekali.and,aku nak anak-anak lelaki aku belajar memanah,menunggang kuda,berenang dan menembak…Kenapa?



Urm ..sebab…Rasulullah SAW ada bersabda agar pemuda-pemuda belajar memanah,menunggang kuda dan berenang.Aku yakin ada sebab Rasulullah SAW menyuruh pemuda-pemuda agar belajar ketiga-ketiga perkara tu.Aku sangat yakin…..
Okay.nak dengar cerita x???haha.ceh.cerita ni korang pernah dengar kott.popular cerita ni…Murabbi kita nie,Nabi Muhammad SAW sangat terkenal dengan akhlak yang terpuji kan.Sopan.Adil.dan penuh dengan sifat-sifat mahmudah.Okay.Macam nie ceritanya…


Pada suatu hari,ketika orang dewasa sedang menunaikan solat secara berjemaah….Tiba-tiba,ada kanak-kanak yang suci bersih daripada dosa dan noda bermain-main di dalam masjid.kanak-kanak itu buat bising sehinggakan mengganggu para jemaah yang ada.Usai solat,ada antara para jemaah itu memanggil budak itu lalu memarahinya dengan penuh amarah kerana telah mengganggu para jemaah.Namun,Nabi Muhammad SAW menghentikan jemaah itu daripada terusan memarahi kanak-kanak itu.Al-Amin memanggil kanak-kanak itu dan memintanya agar duduk .Baginda menegur tindakan kanak-kanak itu dengan penuh hikmah.Tidak marah-marah.Usai mendengar nasihat daripada baginda,kanak-kanak itu bercakap
’ Sesungguhnya baginda adalah GURU yang paling baik. ‘


Nah.korang nampakkan sekarang.Rasulullah SAW menjadi seorang murabbi yang baik dan dihormati.Aku kagum dengan sifat baginda.Oleh kerana aku pon punya matlamat untuk menjadi seorang murabbi(pendidik),aku pon akan berusaha untuk menjadi murabbi yang baik jugak.Insya-Allah.Doakanlah aku ye.:)


SELAMAT HARI GURU,SEMUA GURU SEDUNIA.SEMOGA GURU-GURU SENTIASA DI BAWAH RAHMAT-NYA YANG MAHA ESA…….JASAMU AKAN SENTIASA DIKENANG SENTIASA………


Murabbi-murabbi ku,terima kasih banyak-banyak.syukran jiddan-jiddan.Tiada apa yang boleh membalas jasa murabbi-murabbi sekalian.Aku tahu sukar untuk kalian dalam mendidik kami.Perlukan kesabaran.Perlukan kekuatan.Perlukan penghayatan dalam mendidik.Ilmu-ilmu yang kalian curahkan,insya-Allah,akan kami gunakannya sebaik mungkin.Maka,guru-guruku,teruslah memimpin kami.Tanpa kalian,’mati kutu’lah kami.Tiada ilmu.Kerana buah ilmu adalah ibadah.Tanpa ilmu yang kalian curahkan,bagaimana kami mahu beribadah .Terima kasih .Terima kasih.Terima kasih.


***Bila Hari Guru ini,teringat pulak anak-anak murid tadika aku.Memang menguji kesabaran.Tapi,mereka sememangnya menceriakan aku.Amirul(paling bijak dalam English tapi nakal sedikit),Putra(paling kuat tido tapi bijak dalam membangkang,insya-Allah,boleh jadi lawyer yang tegakkan Islam bila besar nie),Akmal(paling berisi.hehe.Comel.Kuat merajuk.Tapi kuat berusaha),Pei Yi(bijak dalam matematik dan harap boleh jadi seorang pakat matematik),Ee Way(Paling cantik dan bijak dalam setiap perkara) dan abang Asyraf(bertanggungjawab budak ni,walaupun slow cket,tp bijak kalau belajar )..Teacher doakan korang berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat….amin.ha…Student yang lain pun sama jugak… Semoga berjaya menjadi individu Islam(bagi yang islam) yang berjaya di dunia dan akhirat….Qayyim,budak gemuk dan comel yang tiap-tiap hari nangis,haha.rindu bangat kamu..Rindu korang…


Sekian……Assalam…

No comments:

Post a Comment