Wednesday, May 4, 2011

Aku Gembira Dengan Kamu :)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah.Syukur setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ya Rahman,yang x pernah lokek berikan nikmat kepada kita semua setiap masa.Sejak kebelakangan,aku rasa sangat gembira dan bersyukur.HAha.Tak tahu kenapa.Tapi,itulah perasaan yang ada sekarang.

Nak tau kenapa?Sebab..sebab..sebab..Kawan-kawan aku banyak yang dah berubah.Berubah ke arah yang lebih baik.kebaikan.Aku rasa gembira sangat.Walaupun ,perubahan itu tidaklah keseluruhan.tp perubahan tu bawa banyak makna untuk aku sebagai sahabat mereka.Aku pon sedang berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik.Macam kawan-kawan aku.Dan bila sahabat-sahabat aku dan aku dah diberikan nikmat kefahaman daripada Allah S.W.T,harap kitorang akan pegang kefahaman tu seteguh-teguhnya.Alhamdulillah sekali lagi.:)

Sahabat-sahabat yang aku sayang kerana Allah,
kita semua dah berikan kefahaman tu.X semua diberikan nikmat yang satu ni.Ya,mungkin kita x diberikan dengan nikmat duniawi seperti orang lain,contoh macam kemewahan,kekayaan,harta benda dan sebagainya.Tapi,kita semua dapat nikmat yang lebih istimewa.nikmat iman,islam dan kefahaman.Orang islam sekarang hanya pada nama sahaja.kebanyakannya.Tapi,ditegaskan,bukannya semua ok.Kenapa ye jadi macam nie?Sebab,nikmat kefahaman x sampai pada mereka.Jadi,bagi mereka yang dah dapat tu.pegangla nikmat tu seerat-eratnya.

Sahabat-sahabat,jom .kita kumpul pahala sama-sama.ramai-ramai.Nanti bolehla kita masuk syurga yang best tu ramai-ramaikan?Jom.jom....

Kita perlukan sahabat untuk mengingatkan.Kita perlu sahabat untuk berkongsi.Kita perlu sahabat untuk nasihat-menasihati.Kita perlu sahabat untuk pimpin kita ke syurga,dan bukan menjatuhkan kita ke neraka.

Sahabat-sahabat sekalian,
tahniah atas perubahan kita semua.Aku tumpang gembira...sangat gembira...:D

No comments:

Post a Comment