Monday, May 23, 2011

Study Because of Allah...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah.Segala puji bagi Allah.Segala puji bagi Allah.

Kenapa aku ucapkan perkataan indah tu permulaan blog?Sebab aku nak jadi hamba-Nya yang bersyukur.Hamba yang sentiasa ingat akan nikmat-nikmat yang diberikan-Nya.dan kalau boleh aku nak korang pon ucapkan perkataan keramat Alhamdulillah tu bila baca entry nie.Bolehlah kita sama-sama dapat pahala daripada-Nya.kan?

By the way,aku nak cerita tentang Tajuk BELAJAR.Hari ini,aku tengoklah status someone kat fb...Statusnya berjudul ..."Aku mesti belajar untuk dapatkan benda tu...."And then aku scroll ah comment dia kan.And finally i know what the "benda" itu..Okay forget about it.

Selama ini,aku telah dididik oleh parents aku untuk belajar untuk menjadi seorang DOKTOR.Nanti,hidup senang.Kaya.Banyak duit.Okay,then aku pon letak impian untuk menjadi orang yang berjaya semata-mata...Okay,i am NOT BLAMING my parents ..Parents mana yang tak mahu anak-anak mereka berjaya ,ye dok?

Then,Alhamsulillah.Allah kurniakan hidayah kepada aku.Allah had changed my perception the reason why should i study.Aku harus.bukan.bukan.Aku WAJIB belajar kerana Allah SWT.Mereka-mereka di universiti aku selalu nasihatkan antara satu sama lain.sehinggala topik belajar ini dibuka.Apa yang mereka cakap tu semuanya betul.Seolah-olah , kepala aku ini kene ketuk dengan hammer tau.Memang tersedar.

So,sejak tu,aku akan cuba perbetulkan niat aku belajar kerana Allah.Yes,it was difficult.Tp,once you had commitment on doing that,insya-Allah,ianya akan sebati dengan korang.Bila mula belajar,baca doa.Bila nak bergerak pergi ke kuliah,berdoa.Mohon kepada-Nya agar kau dan sahabat-sahabat mudah faham masa belajar.Mohon kepada-Nya agar kau dan sahabat-sahabat kejayaan bersama-sama agar dapat tunjukkan mereka yang berpegang teguh dengan Islam ini hebat...Contoh macam Ibnu Sina,Khawarizmi,Urban dan ramai lagi...Mohon kepada-Nya agar kau dan sahabat-sahabat,kalau mati sekalipon dalam perjalanan untuk menuntut ilmu itu,biarlah matinya syahid..Berdoalah selalu.Memohonlah selalu..Supaya kita dapat ingat kepada-Nya selalu.

Jadi,sahabat-sahabat ukhwafillahku,
Mari perbetulkan niat untuk belajar kerana Allah SWT semata-mata.Bila mana kau niatkan hanya kerana Allah,kau yakin dengan Allah,insya-Allah,Allah akan memberikan 'ganjaran bonus ' dengan memberikan kejayaan kepada kau.Believe me,dear.

Wassalam.

3 comments: