Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu :)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.


8hb Mei ? Apa itu?Tarikh apa ini,wahai teman seperjuanganku yang aku sayangi kerana Allah.Tentulah Hari Ibu bukan?Setiap tahun kita semua raikannya.Tapi,adakah hari istimewa itu hanya untuk satu hari sahaja?Sejauh mana kita semua hargai ibu masing-masingkan?Aku selalu bagi hadiah untuk ibu aku bila tiba Hari Ibu.Paling x pon,ucapan sms kepada ibu.Tapi,aku rasa itu masih x cukup.sangat x cukup.amat x cukup.teramat sangat.Rasa masih ada kekosongan dalam ucapan tu.Memang x kan dapat balas apa yang ibu aku buat untuk aku.


Bila kisah ibu dibangkitkan di sekolah masa zaman-zaman persekolahan dulu.Kebanyakan anak-anak pasti akan mengalirkan air mata,termasuklah aku,melainkan mereka yang merasakan mereka tidak buat salah pada ibu bapa mereka ataupun hati mereka keras.Nauzubillah.Hanya Allah sahaja yang tahu sebab musababnya.Aku manusia yang tidak dapat dan tidak mampu untuk menilai manusia lain.Sebab aku ini adalah manusia juga.Tak layak aku untuk menilai orang lain.Kenapa aku akan menangis ye?Ntahla.Bila cerita tentang ibu ayah ini,aku rasa ada satu perasaan yang memang susah nak ucap.Ia hadir begitu sahaja.


Bila fasilitator cerita tentang pengorbanan ibu ayah ni,aku akan tutup mata.Aku akan cuba bayangkan sejak mula aku dilahirkan.Memang aku x ingat.Tapi,aku dapat bayangkannya.Aku selalu saja susahkan ibu ayah aku.Ibu cakap,aku paling kuat menangis masa kecil.Aku dah susahkan mereka masa aku kecil lagi.Kalau aku demam?Lagi ah kan.Susahkan mereka.Tak tidur .Semata-mata nak jaga anak-anak mereka yang sakit.


Dulu,aku memang keras kepala.hehe.sekarang pon.tapi,keras kepala aku ni akan terpadam secara perlahan-lahan bilamana aku teringat firman Allah dalam surah Luqman “Dan kami perintahkankepada manusia agar buat baik kepada orang tuanya….”Aku cuba buat yang terbaik untuk membalas jasa ibu ayah aku,setakat yang aku mampu,walaupun kadang-kadang tu aku boleh jadi seorang yang pemalas.haha.jangan tiru perangai aku ni.Aku pun tengah cuba memperbaiki diri ini.


Kejayaan yang aku miliki sekarang walaupun x seberapa ,bukan sahaja kerana Allah(yakni untuk tegakkan agama islam),malah untuk memberikan kepuasan kepada ibu ayah aku ini.Mereka susah payah bekerja.Kerja kilang.Bukan senang ooo…Berdiri sambil buat keje…Boleh bayangkan betapa lenguhnya kaki untuk berdiri dalam masa yang agak lama.dulu lebih kurang 7 jam.sekarang lebih kurang 10 jam.Bila aku fikir jasa mereka yang satu ini sahaja,aku akan ingatkan diri aku balik agar berusaha bersungguh-sungguh.Bila ibu ayah orang lain menangis kegembiraan melihat kejayaan anak-anak mereka,aku bertekad,mahu melihat ibu ayah aku gembira juga macam mereka.


Bila aku nak lelapkan mata,kadang-kadang,aku akan secara automatic bermonolog dalaman,”Ya Allah,kalaulah aku ini pada masa depan hanya akan menjadi anak yang derhaka kepada ibu ayah aku,maka tariklah nyawaku sebelum aku digelar dengan gelaran itu.”Aku tahu memang tak baik doakan benda-benda yang buruk.Tapi,menjadi anak yang derhaka adalah lebih buruk dari kematian bagi aku.


Wahai sahabat ukhwafillah.
Dengarlah satu kisah yang jarang didengar.Rasulullah S.A.W bersabda bahawa manusia yang bernama Uwais(yang akan menyertai haji),segala doanya akan dimakbulkan.Bestnya…..Kenapa ea?Ha,pergi ambil botol susu dengan bantal busuk sebelum dengar cite ni.Mana tau korang nak tidurkan dengar nenek ni cerita.kira bed time story la…haha


Al-kisah….hai tersebutlah kisah…Di satu daerah yang jauh dari Makkah,ada seorang pemuda yang bernama Awis Al-Qarni.Dia mempunyai seorang ibu tua yang uzur lagi tua .Malah.Awis ini mempunyai sejenis penyakit kulit.Dia sangat prihatin akan ibu taunya ini..Satu hari ibunya menyatakan hasratnya untuk pergi berhaji kepada anak lakinya itu.Oleh kerana mereka ini miskin,Awis hanya mampu membeli seekor anak lembu sahaja kerana harga anak lembu lebih murah dari mak dan bapak lembu..Setiap hari,Awis akan membawa anak lembu itu meragut rumput di atas bukit.Tapi,Awis bukannya menarik anak lembu tu.Awis mengendong anak lembu itu di atas bahunya.Setiap hari.Dari hari bertukar menjadi minggu.Dari minggu bertukar menjadi bulan.Selepas beberapa bulan,anak lembu tu menjadi mak lembu.Awis tetap mengendong ia di atas bahunya itu.Kemudian,lembu itu pon dijualnya.Duit yang diperoleh digunakan untuk dirinya dan ibunya pergi menunaikana haji.Tapi,Uwais tidak menggunakan unta.Dia mengangkat ibunya menggunakan sebelah tangan dan sebelah lagi memikul barang makanan.Sampai di Makkah,mereka pon menunaikan haji.Sesudah menunaikan haji,mereka pon pulang.Si ibu bertanya akan doa yang dipinta oleh Uwais.Adakah mahu menjadi kaya?Adakah mahu penyakit kulitnya hilang?atau apa-apa doa yang membawa kebaikan kepada diri anaknya itu sendiri.tapi,Awis menjawab,”Tidak wahai ibuku.Aku hanya mendoakan agar engkau wahai ibu,akan sentiasa di bawah rahmat-Nya.dan aku berdoa agar segala kabaikan akan dilimpahkan kepadamu,wahai ibu.”
Subhanallah.


Inilah anak soleh yang sentiasa prihatin kepada si ibu.Tutup mata anda.(jgn sekarang,kalau x macam mana nak bacakan..haha)…Beza x kau dengan Uwais itu?Berapa banyak kali kau mendoakan ibu bapamu ,wahai sahabat?10 kali?5 kali?sekali?atau x pernah?Maka ketahuilah sahabat-sahabat yang aku cintai kerana Allah,bilamana seseorang berhenti daripada mendoakan ibu bapa mereka,maka terputusla pintu rezeki mereka sendiri.Allahuakbar.


Mungkin kau masih x dapat rasakan kehilangannya lagi.Sebab bila mana kau buka mata,kau masih dapat melihat wajah ibu dan ayah.Walaupun kau jauh,kau masih dapat dengar suara mereka melalui telefon.Tapi,cuba bayangkan ibu dan ayah kita tiada…Aku sangat pasti…Kita semua akan merindui mereka.Tiada yang akan dengar cerita kita.Tiada masakan ibu.Tiada bau ibu dan ayah.Tiada dengar leteran lagi.Tiada rasa kasih sayang ibu ayah lagi.tiada suara ibu ayah.tiada wajah ceria ibu ayah.tiada tiada.tiada.Tutup mata.bayangkan.



Ingatla wahai sahabat.Rasulullah S.A.W pernah ditanya dengan siapa yang patut kita limpahkan rasa kasih dan sayang selepas Allah dan Rasulullah .Rasulullah menyebut ibumu.Selepas itu?Ibumu…Selepas itu?Ibumu…Selepas itu?Kemudian ,ayahmu…


Buat ibu-ibu semua,Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu semua.Terima kasih atas segala pengorbanan ibu-ibu semua.Buat ibu akak,Rashidah Binti Ibrahim,(kalau ibu baca),terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa ibu.Memang x mampu akak balas jasa ibu yang terlampau banyak.Teri ma kasih atas segala-galanya.Terima kasih sangat.Selamat Hari ibu.Akak akan try jadi yang terbaik,walaupun akak bukan yang paling baik.:) dan semoga semua ibu-ibu dilimpahkan rahmat daripada-Nya.Insya-Allah…


Pesanan penaja:Bersempana dengan hari ibu ni jugak,hari jadi atukku pon berlangsung sekali.makanya,…Selamat hari ibu…opppsss.ahaha…x…x…Selamat Hari Jadi,Atuk Berahim…:) Tahniah atas perubahan positif atuk,dan semoga perubahan-perubahan lain turut seiring berlaku .insya-Allah…


Wallahua’alam.

No comments:

Post a Comment