Thursday, May 19, 2011

Malu Nak Cerita..Kahkahkah...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah,sebab Allah masih memberikan nikmat hidup kepada kita lagi.Alhamdulillah,sebab Allah masih berikan nikmat iman dan islam lagi…Alhamdulillah,sebab Allah memberikan nikmat kefahaman lagi.Alhamdulillah,sebab Dia masih memberikan kita nikmat pancaindera yang masih sempurna ini.Alhamdulillah,sebab Allah masih memberikan peluang kepada diri kita untuk masih beribadah kepada-Nya.Alhamdulillah,sebab Allah masih berikan nikmat keluarga.Alhamdulillah,sebab Allah masih memberikan nikmat sahabat.Alhamdulillah…Alhamdulillah.Alhamdulillah…..Banyaknya nikmat yang diberikan-Nya kepada kita semua.Jadi?Alhamdulillah….dan Alhamdulillah,sebab masih berikan perasaan CINTA kepada kita semua.


CINTA?Topik yang paling ramai orang vote.Tapi,x kurang juga yang geli-geli kan?Haha.Aku pon rasa macam tu jugak …hehe.Tapi,hakikatnya itulah perasaan yang Allah lemparkan kepada setiap makhluk-Nya,tidak kira manusia mahupun haiwan.Jadi,x salah untuk bercerita tentang cinta.Sebab itu adalah satu anugerah ilahi.Kalau kita benci nak bicarakannya,seolah kita benci anugerah-NYa ini.CINTA=KASIH SAYANG…Betulkan?Kalau salah,betulkan ye.


Kalau keluar je perkataan cinta tu,of course,perkara pertama yang terbayang-terbayang kat minda ,pasangan kita nanti kan?kan?kan?Ha..Hang jangan nak kelentong aku ea…haha…Sebab ramai fokuskan perkataan “cinta” itu hanyalah untuk pasangan masing-masing.Sampaikan ada yang menyambut meriah Hari Kekasih aka Hari Valentine..Tertarik dengan satu cerpen karangan Hilal Asyraf…tentang 14hb Februari setiap tahun.Seakan-akan sudah menjadi tradisi untuk semua pasangan kekasih…Cerpen tu tajuknya H.I.V=Hari Ini Valentine….


Kalau kita pergi hospital , terjumpa dengan mereka yang menghidap penyakit HIV.Pasti,kebanyakannya akan larikan diri.Rasa takut untuk hampiri bukan?Takut berjangkit virus HIV itu.Begitu juga dengan H.I.V(Hari ini Valentine).Tapi,yang pelikny H.I.V ini ramai pulak nak dekati.Tak takut pulak berjangkit penyakit itu kan?Pelik.pelik.



Allah telah anugerahkan perasaan cinta itu dalam setiap diri manusia.Memang kadang-kadang kalau kita teralpa sedikit,syaitan akan menggasak-asak untuk terus terhanyut dengan perasaan itu.Aku pon bukannya bijak sangat berbicara tentang cinta ini… So,kepada insan yang sedang bertarung dengan perasaan cinta kepada pasangan yang bukan mahram tu,sebenarnya Allah sedang menguji kamu.Menguji sama ada kamu akan terus terlalai dengan cinta manusia . Menguji sama ada kamu akan terus memilih rasa cinta kamu kepada manusia ataupun rasa cinta kepada Ilahi?Jangan jawab soalan itu dengan mulut semata-mata.Tapi,jawablah dengan hati….Dengan iman….
Terdetik satu kisah cinta yang sweet antara Fatimah ,anak Nabi Muhammad SAW.dan Ali bin Abi Talib.Mereka mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain.Tapi,tidak pernah meluahkannya.Sebab mereka lebih memilih cinta yang hakiki iaitu Cinta Ilahi…Akhirnya mereka kahwin juga…Kalau nak tahu lebih lanjut,search kat google sendiri ye.:)

Sahabat-sahabat seaqidah denganku sekalian,

Jodoh itu tidak akan ke mana.Kalau mahukan pasangan yang soleh/solehah,jadikan diri kamu itu solehah/soleh dahulu.Tidak kira siapa pon dia,jodoh yang telah Dia tetapkan,maka insya-Allah,dialah pasangan yang terbaik untuk kita.Tertarik dengan kata-kata seorang muslimin ini,”Tidak perlu mencari soleh/solehah,tapi bentuklah diri kamu itu sebagai solehah/soleh.Insya-Allah ,yang soleh/solehah itu akan datang sendirinya.”Memanglah kita seharusnya BERUSAHA mencarinya…Tapi,kenapa tidak kita BERUSAHA memperbaiki diri dahulu?Mantapkan diri dengan ilmu rumah tangga dahulu.Mantapkan diri dengan ilmu kekeluargaan dahulu.Barulah kita boleh fikir tentang alam rumah tangga,ye…


Kita kahwin kelak bukan untuk sehari dua atau sebulan atau setahun saje.Tapi,kita mahukan rumahtangga yang dibina akan kekal sehingga ke syurga.Bukan setakat di dunia sahaja bukan.


Maka ketahuilah sahabat sekalian tentang kisah ini….
Satu hari,seorang perempuan bertanya kepada Rasulullah SAW.Dia berwajah sedih.Apabila ditanyakna mengapa,dia menjawab bahawa di akhirat nanti,dia akan berpisah dengan Rasulullah SAW . Rasulullah SAW pastinya memasuki syurga tertinggi.Sedangkan dia manusia biasa,andai masuk syurga pon mustahil setaraf dengan Rasulullah.Itu menyebabkan dia sedih,kerana cintanya amat mendalam terhadap Rasulullah SAW.Ketika itu,Rasulullah senyap sahaja.Kerana baginda juga tiada jawapannya,tetapi tidak lama kemudian wahyu turun dan Allah telah memberikannya jawapan.Rasulullah tersenyum lalu bersabda,”Sesungguhnya kau akan bersama dengan orang yang kau cintai”.


Setakat itu saje rasenya…

Pesanan:Tahniah buat sahabat-sahabat matrik aku … Usaha dan tawakal anda semua berbaloi… Buat semua,ingat ayat ni..


"sesiapa yang bertakwa kepada Allah,maka Allah akan memberinya jalan keluar dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."(surah at-talaq 65:2-3)


Sekian~~~~~~~~wassalam….

No comments:

Post a Comment