Friday, May 27, 2011

pesanan sebelum engkau pergi.

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Salam ukhwafillah.Salam perjuangan.Salam kasih kerana Allah.Apa khabarun iman sahabat-sahabat?Moga senantiasa menaik,tapi kiranya turun,biarlah sedikit saja ye.Sebab iman manusia ini tidak konsisten.Naik dan turun macam line graph.Tapi,cubalah berusaha untuk pastikan iman dan takwa itu meningkat selalu.Insya-Allah.

Sekarang ini,mesti ramai yang nak bersiap-siap balik universiti masing-masing.Yang masih pelajar sekolah pula,nak bercuti pula kan?Seronokla hangpa noo…Bagi pelajar universiti,korang kan dah cuti.Lagi lama dari diorang..so,kasi chance ah kat diorg merasa cuti sekolah.

Sahabat-sahabat ukhwafillah,

Dalam kesibukan kita menimba dan mencari ilmu Allah ini,jangan lupa pula akan tanggungjawab anda sebagai hamba-Nya.Utamakan yang penting dan utama berbanding yang kurang penting.Bukan nak kata belajar tu tidak penting.Tapi,kalau anda-anda asyik belajar je,tentulah akan terasa penatnya bukan?Jadi,untuk berehat adalah dengan solat.Solatlah merupakan masa rehat kita.Bila kita berikan tumpuan dalam solat,masalah-masalah dunia ni akan ‘terbang’ sementara.Engkau akan rasakan ketenangan.Percayala…Malah ,insya-Allah,Allah akan permudahkan segala urusan dunia ini sekiranya kita laksanakan perintah-Nya terlebih dahulu.

Sukacitanya,setiap hari korang dengar azankan….

Hayyaalassoolllaaaahhh…Hayyaalassoolllaaaaahhhh…(Mari kita bersembahyang…Mari kita bersembahyang)

Hayyaalalfaaalaaaahhhh…Hayyaalfaaalaaaahhhh…(Mari menuju kejayaan…Mari menuju
kejayaan)

Dalam azan itu sendiri,menganjurkan kita untuk menghadap Ilahi dahulu sebelum menguruskan hal-hal keduniaan bagi mencapai kejayaan…Jadi,apa-apa yang korang buat…Solat dahulu.Solat dahulu…Solat dahulu…Usai solat,laksanakanlah pekerjaan kamu itu.

Aku sangat suka menitik beratkan tentang perkara solat ini.(Walaupun,solat aku ini pon belum tentu Allah akan terima..Walaupun,selalu juga aku lewat-lewatkan solat…Tapi,inilah satu peringatan untuk diri aku juga)..Solat adalah perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.Sekiranya sempurna solat kita,maka insya-Allah, ibadat yang lain juga akan sempurna.But,the big question mark cross my mind..Solat kita sempurna ke?OK…Aku khususkan untuk aku…Solat aku sempurna ke?Memanglah TIDAK.  …. Justeru,the best thing to do is by doing the best when performing solah..

Tapi,kan sahabat,disebalik kita sibuk-sibuk mengulangkaji pelajaran,menelaah buku-buku pelajaran pada waktu malam,adalah sangat baik untuk kita ikut pergi solat berjemaah..Sebab,kat universitilah tempat yang mudah untuk kita berjemaah…(Walhal,aku x sokong kat universiti JE boleh berjemaah..Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan..)Okay,untuk make the story easy…Universitilah,tempat pertama yang mendidik kita untuk berdikari agar rajin-rajin solat berjemaah.Sebab,kat universiti,takde sape pon akan paksa kau ke surau atau masjid..Setakat sahabat-sahabat saje yang akan ingatkan kita.Itu pon,dah tentulah,x semua akan turun padang join solat berjemaah kan…Kalau kat asrama,masih ada guru-guru,warden-warden yang akan bertegas dengan kita agar turun berjemaah.Tapi,itu pon x makan saman kan?Hahaha.terpulanglah…Bila kat universiti,korang ikut berjemaah.Insya-Allah,bila cuti,balik rumah.Rasa janggal untuk tinggalkan solat berjemaah…Khususnya lelaki…Tapi,wanita-wanita juga perlulah ambil kesempatan itu,untuk grab the chance untuk dapatkan pahala berjemaah.Dahla,perempuan-perempuan ini selalu uzur..Bila berumah tangga pula,kene minta izin suami pulak..Kaun Hawa juga lah yang paling banyak masuk neraka(semasa peristiwa isra’ mikraj)…So,grab the chance,dear…

After solat berjemaah tu,mungkin ada ceramah or tazkirah or usrah,then why don’t you all join it too?X rugi weyh.Seriously x rugi…Korang bukan sahaja duduk di taman-taman syurga,tapi korang akan dapat ilmu juga.Hati korang.rohani korang perlu diberi makan.Apakah makanannya?Makanan bagi rohani adalah ibadat dan ilmu agama…

“Sekiranya kamu melalui taman-taman syurga,maka singgahlah sekejap.” Al-hadis…

Ajak-ajaklah sahabat juga untuk ikut turun sekali.Sebab kita x nak masuk syurga seorang diri.Sunyi kelak.Maka ajak sahabat-sahabat,saudara-saudara,saudari-saudari kita turut serta..Mungkin,ada yang akan rasa pelik.Tapi,perlekehkan kata-kata mereka.Jadikan kritikan itu sebagai semangat yang membina.Apa yang kita nak hanyalah redha Allah.Hidup dalam redha Allah sepert hidup di dalam syurga.

Pesanan:Sahabat-sahabat,jangan lupa..Belajar kerana Allah..Berjuang kerana Allah..Berjihad kerana Allah..Betulkan niat…Semuanya hanya kerana Allah…

Terima kasih kerana engkau sahabat menunjukkan akhlak yang baik kepadaku.Walaupun jarang berbicara,dan hanya lebih membalas senyuman…Tapi, engkaulah merupakan petunjuk yang Allah berikan kepadaku agar aku terus mengenali-Nya.Engkau tidak banyak bicara.Tapi ,kenapa aku tertarik denganmu.Seakan-akan ada aura yang menarik untuk perhatikan akhlaknya lagi..seolah-olah dia istimewa…dan kini,aku rindukannya.Aku rindukan sahabat-sahabat seperjuanganku.. Alhamdulillah,ya Allah…Terima kasih,awak…Semoga kita berjumpa..Tidak di dunia..Insya-Allah ,dengan izin Allah,di syurga…Amiiinn…

Sekian.Wassalam..

No comments:

Post a Comment